Style Tudung Saya

Assalamualaikum...

Salam Jumaat  untuk semua.. Hari ni, saya rasa saya SANGAT CANTIK dengan style tudung saya yang sebenarnya dah lama menyepi ni. heeee.. Oh, hari Jumaat, saya akan pakai SANGAT CANTIK dari hari lain ke ofis, ambil berkat Hari Jumaat, penghulu segala hari..




Pakai simple macam tu je, tapi perasan SANGAT CANTIK, memang tak boleh blah.. Saya ni memang peminat TUDUNG BAWAL. Ya, saya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang sangat glamour dengan TUDUNG BAWAL. Meh saya cerita sedikit pasal tudung bawal ni. Kat Kelantan, tudung bawal di bezakan dengan bawal no 1, dan bawal no 2 saja. Lepas tu wujud pula bawal asli. Apa perbezaannya? Bawal no 1 dan bawal asli berasal dari Jepun, Materialnya lembut dan senang dibentuk, harga pun agak mahal. Bawal no 2 pula berasal dari Korea, agak kasar sikit materialnya. Dari bawal no 2 inilah terhasilnya bawal 2 tone, 3 tone, 4 tone, dan lain-lain.




Dulu, zaman sekolah rendah, style tudung saya hanyalah ikat tudung di bawah dagu. Lepas tu, barulah menggunakan pin, pin di bawah dagu, macam tudung sekolah berwarna putih tu. Kadang-kadang hanya selempangkan saja tudung di kiri kanan bahu. Pastu, hujung tudung tu asyik jatuh, kacau pergerakan je. Perasan SANGAT CANTIK la tu. heeee. Bila dah meningkat usia, dah pandai la pulak pinkan di kiri kanan bahu. Cara ni, lebih bagus sebab tudung lagi nampak kemas dan tak kacau pergerakan. Sampai sekarang saya suka pakai cara ni, tau.



Sekarang, bermacam-macam jenis tudung timbul dan cara pemakaian tudung, Ada selendang, shawl, tudung berawning dan banyak lagi, yang saya sendiri pun tak tahu apa nama tudung tu. Cara pemakaian tudung pun pelbagai. Ada yang terus sarung, belit sana-sini, tak kurang jugak yang dijaht dari bawah dagu kebawah, macam telekung. Tudung bawal pun turut berevolusi juga. Sekarang warna dah pelbagai, siap bertona-tona lagi. Dulu, tudung bawal merupakan tudung kosong, yang dihiasi sulaman samada sulaman mesin atau sulaman tangan, berbeza sekarang yang ada corak abstrak, corak kat tepi je, corak harimau bintang pun ada. Pelbagai pilihan dan CANTIK. Apa style tudung saya sekarang? hmmm, Tengok mood dan tahap kerajinan saya.



Untuk ke pejabat, saya lebih gemar pakai tudung bawal yang dipinkan ke bahu. Kalau keluar hari minggu bersama keluarga atau ke majlis keramaian, saya biasanya akan lilit-lilit sikit, perasan SANGAT CANTIK, kan? Dulu, style tudung saya bila keluar ialah guna shawl atau selendang, kemudian ambil masa untuk melilit sampai 'driver' bising. Sekarang, masih melilit, tapi guna tudung bawal, lagi cepat dan senang. Cuba perhatikan gambar di bawah ni, nampak apa persamaan dan perbezaan? Tudung yang sama, tetapi berbeza ara pemakaian.


Saya ingin kongsikan gambar saya bersama Syaz di bengkel 3R 2 minggu lepas bersama Master Norita, pengasas Group Euphoria Biz Shaklee kami. Ingin kaya dan berjaya serta cantik dan sihat macam beliau? Jom sertai kami.


1 comment: