Cara mudah mengajar anak-anak melipat baju sendiri

Assalamualaikum....

Di hari minggu macam ni, apalagi tugas hakiki seorang wanita sudah menunggu. Memasak masakan yang sedap-sedap untuk keluarga, mengemas, membasuh dan melipat baju. Yang paling saya tak suka, mengemas dan melipat baju. Kalaulah ada mesin yang boleh membantu membuat kerja-kerja ini. Tapi, sekarang ada cara yang kita boleh gunakan agar anak-anak dapat membantu melipat baju mereka sendiri. Di samping boleh membantu meringankan tugasan para ibu, dapat juga mengajar anak-anak berdikari. Mereka juga mesti seronok melipat baju menggunakan cara ini. Jom, saksikan video ini, anda pun boleh melakukannya.

video

Saya pun dah lupa dari mana saya dapatkan video ini, Anak-anak suka sangat menontonnya dan selalu minta ayah mereka buatkan, namun belum kesampaian. Ini pula video makcik saya menggunakan cara yang sama mengajar anak bongsunya melipat sendiri bajunya.

video

Selepas ni, saya sendiri akan menggunakan cara ini untuk anak saya. Heee. Tapi, selepas anak-anak dah tolong tu, jangan lupa, hadiahkan mereka sesuatu sebagai tanda penghargaan. Boleh juga hadiahkan mereka Homemade Banana Choco Mealshakes macam saya buatkan ni. Oh, bulan Oktober 2014 ni, promosi Mealshakes dan ESP Shaklee, Jadi, bolehlah dapatkannya dari saya beserta resepi istimewa saya ini.





Homestay di Cameron Highland yang selesa dan murah

 Assalamualaikum...

Ada sesiapa merancang untuk bercuti ke Cameron Highland, tak? Cuti sekolah pun lagi sebulan je, kan? Boleh la bawa anak-anak dan keluarga anda bercuti. Bagi percutian keluarga, penginapan yang macam mana menjadi pilihan anda? Hotel yang berbintang-bintang atau homestay? Bagi saya yang mempunyai anak ramai ini, (tiga orang sudah dikira ramai, kan?) saya lebih suka menginap di homestay berbanding hotel. Tambahan lagi, kebiasaan bagi saya dan suami, kami gemar membawa ibubapa suami atau adik-adik saya bersama. Jadi, tentunya penginapan yang mesra poket dan boleh boleh memuatkan ramai ahli menjadi piihan saya. Percutian ke Cameron Highland pada Disember nanti, kami memilih unuk menginap di Homestay Puncak Arabela.



Ruang tamu yang luas
Master Bedroom 
Bilik Kedua 
Bilik ketiga - Tilam tambahan
Peralatan dapur
Homestay Puncak Arabelle ini terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. iaitu kira-kira 2 kilometer dari pusat bandar.

    ~ harga RM250 semalamam (hujung minggu n cuti sekolah), 

    ~ harga RM150 semalamam (hari bekerja)

    ~ 3 bilik tidur dan 2 bilik air

    ~ Sesuai untk keluarga (10 orang)

    ~ Ada tv dan astro full package

    ~ Peralatan asas yang lengkap untuk memasak

    ~ Mandian air panas (water heater)

    ~ Berhampiran Masjid Abu Bakar

    ~ Perjalanan ke Mardi (Taman Agroteknologi Mardi) lima minit sahaja

    ~ 5km / 8 minit ke Pasar Malam Brichang

    ~ Terdapat kedai runcit berdekatan

    ~ Tempat letak kereta yang luas

Sekiranya anda berminat untuk menginap di homestay ini, anda boleh hubungi terus pemiliknya, Cikgu Zul 014-903 2532 atau facebook Homestay Puncak Arabella.

Nak bercuti dan makan angin, pastikan anda sentiasa cergas dan bertenaga, barulah seronok jalan-jalan melawat tempat orang. Meh hubungi saya, saya akan bagi penerangan kepada anda.


Photoshoot Outdoor Murah

Assalamualaikum...

Pagi tadi borak-borak kosong dengan geng group whatsapp mengenai photoshoot. Rata-rata setuju, lebih bagus ambil gambar selepas kahwin kat studio sebab semasa majlis kahwin, mestilah malu-malu kucing nak bergambar, possing maut, kan? Samala dengan gambar kahwin saya empat tahun lepas, sangat kaku, tak sedia, tak cantik je. Heee..


Ini gambar keluarga saya, yang di ambil pada hari raya  dua tahun lepas, menggunakan 'smartphone'. Not bad, tapi gambar macam tak berkualiti la kan. Ini gambar terakhir bersama arwah ayah..


Ini pula gambar Rayyan Hakimie, sewaktu kawan-kawan saya datang melawat selepas tempoh berpantang. Gambar ni di ambil oleh kawan dengan menggunakan kameranya, dan di edit. Cantik juga, macam profesional pun ada.


So, saya apa lagi, cuba men'google', mencari kot-kot terjumpa mana-mana pakej photoshoot yang murah, kalau dapat outdoor siap makeup sekali lagi bagus, kan? Ni ada senarai hasil 'Google' saya tadi..


2. Snappshooter  


4. Bajonzphoto     

5. Eyecap Studio

6. Fotografi Perkahwinan     

7. Pakej Perkahwinan  

8. Studio Photoshoot Murah

9. Khidmat Fotografi Murah

Oh, dah tempah photoshoot anda tu, jangan lupa, kene la cantik luar dan dalam, kan? Nak kulit glowing-glowing, hilangkan parut jerawat dan kulit licin, halus? Meh contact saya, yer.. ada tawaran hebat menanti anda bila anda bagi tahu anda sudah menempah slot family photoshoot....


Petua Merawat Tumit Kaki yang Pecah

Assalamuaikum...

Selamat Hari Raya AidilAdha. Kebiasaannya, sewaktu sambutan Aidiladha, kita akan buat kenduri atau hadiri kenduri jiran-jiran yang melaksanakan ibadat korban dan akikah, kan? Pernah tak ternampak sewaktu duduk-duduk tolong potong bawang dan daging tu, tumit kaki jiran-jiran dan tumit kaki kita sendiri? Heee, ni yang saya terperasan pada AidilAdha kali ni. Tumit kaki saya lagi teruk, buruk dari tumit makcik saya. Waaaaa, malu... Biasalah, sebagai wanita, tumit kaki pun wajib cantik, licin juga, kan?


Jom, kita berkongsi petua untuk rawat kulit kaki merekah ni :

1. Minyak Zaitun
Minyak zaitun, boleh melembapkan kulit kaki yang kering. Hanya sapu sedikit pada tumit dan pakai stokin supaya lebih mudah diserap. Jangan lupa untuk sapu sebelum tidor.

2. Pisang
Ambil kulit pisang yang masak, gosokkan di tumit anda. Biarkan seketika sebelum dibasuh. Boleh diulang setiap hari dan lihat hasilnya selepas seminggu.

3. Getah Betik Muda
Pernah tak anda makan betik muda sebagai ulam, atau buat kerabu betik yang dikenali sebagai somtam? Sebelum basuh betik tersebut, ambil dahulu getahnya dan sapu pada tumit kaki. Lakukan sekerap mungkin.

4. Belimbing Buluh
Guna belimbing buluh untuk di luhurkan ke tumit kaki sebelum diberus menggunakan berus lembut.

5. Pasu lama
Petua ni saya dapat dari arwah ayah. Ambil pasu yang lama atau yang rosak, seeloknya yang berbentuk mangkuk atau boleh menangkung air. Letakkan sedikit air, gosok / berus / kikir serpihan pasu ke pasu yang di letakkan air tadi seketika. Sapu dan gosokkan air pasu tersebut ke tumit kaki. Air tersebut agak kasar sebab sudah bercampur dengan serpihan pasu.

6. Daun sirih
Layur daun sirih di atas api, jangan sampai terbakar pula. Tampal daun sirih di tumit kaki sebelum tidor.

7. Minum Air Masak
Okey, yang ini kita merawat dari dalam. Tumit merekah dan kering adalah disebabkan kekurangan air. Jadi, atasinya dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Bagaimana mengetahui air yang kuantiti di perlukan oleh badan? Setiap 25kg berat badan memerlukan satu liter air.

8. Pakai selipar / alas yang betul
Kebiasaannya, tumit kaki kering dan merekah terjadi apabila kita tidak memakai alas sewaktu melakukan kerja-kerja di dapur yang basah, lembap dan bersimen. Alaslah kaki anda dan pakai kasut yang bersesuai ketika keluar.

9. Menggunakan Losyen
Sapu losyen setiap hari boleh mengelakkan kulit kering dan kaki merekah.


10. Soya
Tahukah anda soya mampu merawat kelembapan kulit dari dalam? Jom amalkan ESP Shaklee.
 

Selamat Mencuba



Pengedar Sah Shaklee di Shah Alam, Klang dan Damansara

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian mengenai saya. Saya Norzulsuriatey Binti Yahaya, merupakan isteri kepada Nuzul Khairiel Abdul Rahman dan ibu kepada dua hero, Rayyan Hakimie dan Raiq Iskandar.



Saya merupakan pengedar sah Shaklee sejak Oktober 2013. Bagaimana saya bermula dengan Shaklee? Semenjak melahirkan anak pertama, saya mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya. Alhamdulillah, ketika menyusukan Rayyan Hakimie, saya tidak menghadapi masalah kekurangan susu sehingga saya berputus susu ketika Rayyan berumur satu tahun sembilan bulan. Sewaktu menyusukan Rayyan, saya hanya mengamalkan pemakan makanan sunnah seperti kurma, buah tin dan air zam-zam serta halba. 

Selepas melahirkan Raiq Iskandar, pengeluaran susu agak berkurangan. Semasa dalam tempoh berpantang, saya masih mampu mengamalkan penyusuan sepenuhnya, tetapi tidak dapat menyediakan bekalan susu secukupnya untuk tidak disediakan apabila saya mula bekerja kelak. Pelbagai usaha telah dilakukan, namun masih belum berjaya. Alhamdulillah, selepas diperkenalkan dengan set penyusuan Shaklee, saya mampu meyediakan bekalan susu ibu secukupnya kepada Raiq Iskandar. Sekarang, Raiq Iskandar sudar berumur satu tahun lima bulan dan masih menyusu badan.

   
Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Lembah Klang. terutama kawasan Shah Alam, Setia Alam, Klang dan Damansara. Bagi luar kawasan, penghantaran masih boleh dilakukan melalui pos. Saya boleh dihubungi melalui :
 Facebook : Norzulsuriatey Yahaya



Twitter : Suriatey Yahaya



Anda juga boleh terus membuat pembelian produk Shaklee pilihan anda dengan klik gambar di bawah dan isikan butiran serta pilih produk pilihan anda dengan klik di kotak di sediakan di web berkenaan. Selamat 'BerShopping".

Shopping Online
Shopping Online



Oktober - Promosi ESP dan Mealshakes Shaklee

Assalamualaikum...

Yeehaaa... Oktober bulan kenyang nampaknya tahun ni. Bukan sahaja akan menyambut Raya Korban yang pastinya akan dapat makan daging akikah dan jemputan kenduri, tapi dapat juga minum ESP dan Mealshake dengan harga sangat special. Untuk kali kedua, Shaklee menawarkan promosi berganda. Rugi tak rebut ni.



Q : Apakah yang anda dapat dengan promosi ESP SHAKLEE ini?
A : Dengan pembelian 6 jar ESP, anda akan dapat :
     1) 1 jar ESP percuma (jimat RM150)
     2) pendaftaran keahlian percuma (jimat RM75)
     3) pulangan wang tunai (cash back)

Q : Apakah keistimewaan ESP Shaklee?
A : 1) membantu mencantikkan kulit muka, halus, gebu dan berseri
     2) membantu menghilangkan jerawat, jeragat dan parut
     3) membantu melancarkan penyusuan susu ibu
     4) menganjalkan kembali payudara yang kendur
     5) mengenyangkan dan membantu dalam proses pelangsingan badan
     6) memberi tenaga berpanjangan kepada badan dan meningkatkan kesihatan tubuh secara keseluruhan
     7) membantu tumbesaran bayi dalam kandungan dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
     8) membantu mempersiapkan badan ibu untuk penyusuan yang lancar selepas bersalin
     9) membantu  membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang baik dan sihat bagi masalah kesuburan
    10) membantu mengurangkan risiko kanser, bertindak sebagai antioksidan, menguatkan sistem imum tubuh, mempertingkatkan tahap kolestrol baik, memelihara kesihatan jantung, serta mencegah risiko osteoporosis.


 


Dengan setiap pembelian 1 set Meal Shakes Shaklee, anda akan dapat :

1. 3 Tong Mealshakes
2. 1 Tong Mealshakes (jimat RM113.75)
3. 10% daripada harga 1set  Mealshakes akan disalurkan kepada 'MyKasih Foundation'.


Kenapa Meal Shakes ni sangat penting dan amat digalakkan mengambilnya setiap hari?

1) Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. 
2) Membekal Nutrisi kepada sel tubuh kerana ia kaya dengan protein untuk bantu membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dll
3) Kaya kalsium, fiber dan protein.
4) Membantu menambah selera makan
5) Membantu memberi badan rasa bertenaga.

6) Mengandungi ANTIOKSIDA seperti vitamin A,C,E, zink dan selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
7) Detoksifikasi: kaya dengan SERAT untuk bantu BUANG LEMAK BERLEBIHAN dan sisa buangan dari perut dan usus (BAGUS UTK CEGAH SEMBELIT)
8) Menguatkan sistem immuniti tubuh terhadap serangan penyakit

9) Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa


Siapakah perlu mengambil Meal shakes?

1) Kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas 
2) Kanak-kanak / dewasa yang mengalami masalah tiada selera makan
3) Kanak-kanak / dewasa ingin tambah berat badan
4) Wanita mengandung
5) Wanita menyusu / berpantang
6) Individu yang mempunyai masalah sembelit
7) Individu yang mempunyai masalah sukar menelan pil / tablet
8) Warga emas yang tiada tenaga dan kurang selera makan

Jom, dapatkan set anda hari ini...

ID : 928560
SMS/ W.APPS : 018-370 9137


Perlukah adanya SOHO bagi WAHM?

Assalamualaikum…


Kebelakangan ini, kita selalu mendengar atau mmembaca istilah glamour ini, SOHO, WAHM. Apakah SOHO dan WAHM ni? SOHO ialah singkatan kepada Small Office Home Office, manakala WAHM pula ialah Work At Home Mum. Kedua-dua istilah ini berkait rapat dan merujuk kepada bekerja dari rumah. 

Sekarang, sudah ramai para isteri dan ibu yang memilih untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak mereka. Ada di antara mereka yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi, Ijazah malahan Master. Tak kurang juga mereka yang sebelumnya memegang jawatan yang tinggi dan disegani, seperti CEO syarikat, Jurutera, Arkitek dan sebagainya. Mesti ramai yang tertanya-tanya, adakah mereka hanya berada dirumah, jaga anak-anak, masak dan kemas rumah sahaja? Bagaimana dengan pendapatan mereka yang dulunya empat, lima angka, tiba-tiba jadi 'zero'? 



Sebenarnya, di samping menjadi surirumah dan menjaga anak-anak, mereka juga bekerja. Tetapi, mereka bekerja dari rumah, menjana pendapatan secara 'online' atau 'offline'. Sebab itu mereka digelar Work At Home Mum. Malahan, ada di antara WAHM ini mampu memperolehi pendapatan sehingga enam angka setiap bulan, lebih tinggi daripada gaji mereka sebelum ini. Apakah yang mereka lakukan? Mereka hanya menjalankan urusan perniagaansecara online. Produk yang mereka tawarkan, tidak hanya tertumpu kepada produk fizikal seperti tudung, pakaian, dan kosmetik, tapi turut menawarkan produk / perkhidmatan seperti E-Book dan kelas secara online.

Macammana mereka bekerja di rumah sambil menjaga menguruskan anak-anak? Ianya terletak kepada kemahuan dan semangat juang anda. Sekiranya anda berkehendakkan sessuatu, pasti akan mencuba sedaya mungkin ntuk mendapatkannya, kan? 



Pentingkah SOHO bagi WAHM? Sebenarnya, SOHO sangat penting kepada semua yang ingin menambah pendapatan dengan bekerja dari rumah, terutama secara online. Dengan adanya SOHO bermakna kita bersedia untuk berniaga dari rumah, sebab kita sanggup sediakan satu tempat khas untuk urusan bisnes. SOHO adalah tempat untuk kita buat kerja dengan tenang, selesa, mencari idea, inspirasi, dan mencari pendapatan. Bergantung kepada keperluan dan kemampuan kita, perkara asas bagi sesebuah SOHO ialah meja, kerusi, laptop, rak buku dan sebagainya. Hiasilah SOHO mengikut citarasa kita agar dapat membangkitkan semangat untuk bekerja. 


SOHO milik Hadhatina MKB
Sumber Google
SOHO milik Najihah Razali 

Anda tidak perlu berhenti kerja dulu baru berjinak dalam perniagaan online, sebaliknya mulakan perniagaan online anda sewaktu masih bekerja, kerana waktu ini anda masih mempunyai pendapatan bulanan yang boleh dijadikan modal sampingan. 

Ingin menambah pendapatan anda sehingga empat, lima atau enam angka? Jom sertai kami, secara part time atau full time. Anda yang menentukan jalan anda, anda mampu mengubahnya. Sertai kami Menjana Pendapatan Lumayan.