Apa itu Vitamin?

Bismillah...

Adakah anda mengambil sebarang vitamin dalam kehidupan seharian anda? Pernahkah soalan-soalan ini timbul di fikiran anda?

1) Asyik 'post' pasal vitamin je diorang ni kat FB, kenapa?
2) Aku sihat je, kenapa nak kena ambil vitamin?
3) Aku dah makan sayur, buah hari-hari, dah cukup dah vitamin, kenapa nak ambil vitamin lagi?
4) Aku dah ambil vitamin dari syarikat keluaran 'XXX'. Tapi, fungsi vitamin ni apa yer?
5) Vitamin je pun, kalau pergi klinik, hospital, bertimbun-timbun dapat. Naik muak aku nak makan.

Ya, vitamin merupakan perkataan biasa kita dengar dan jarang kita ambil peduli pun. Apakah vitamin? Vitamin ialah bahan organik yang diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang kecil.Vitamin biasa disebut 'micronutrien'. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Biasanya, tubuh kita tidak dapt menghasilkan 'micronutrien' dengan banyak. Jadi, kita perlu mendapatkannya samaada dari makanan ataupun suplemen.

Multivitamin boleh dibahagikan kepada 3 jenis :

1) Vitamin Larut Lemak

a) Vitamin A
Fungsi : Pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun
Sumber : Susu, ikan, sayuran hijau dan kuning, hati, buahan bewarna merah dan kuning.
Kesan jika kekurangan : rabun senja, katarak, saluran pernafasan tersumbat, daya tahan tubuh berkurangan

b) Vitamin D
Fungsi : Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah, menggalakan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi
Sumber : minyak ikan, susu telor, keju, cahaya matahari (kulit akan menghasilkan vitamin D)
Kesan jika kekurangan : gigi cepat rosak, mengalami kekejangan otot, masalah pertumbuhan tulang

c) Vitamin E
Fungsi : sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi sistem membran daripada rosak, mengekalkan struktur paru-paru, hati dan sel darah merah. Sebagai antioksida, mencegah penyakit jantung dan melambatkan proses penuaan.
Sumber : ikan, ayam, minyak sayuran, hampir kesemua buah-buahan dan sayur-sayuran
Kesan jika kekurangan : Gangguan saraf dan otot, sukar mendapatkan zuriat

d) Vitamin K 
Fungsi : Pembekuan darah, menyembuhkan jahitan, pembedahan
Sumber : oat, gandum, alfalfa
Kesan jika kekurangan : darah lambat membeku jika mengalami luka, pembedahan

2) Larut Air

a) Vitamin B1 (Thiamine)
Fungsi : Pertumbuhan, selera makan, metabolisma kaborhidrat
Sumber : gandum, kacang hijau, susu, sayur-sayuran
Kesan jika kekurangan : kulit kering / bersisik, daya tahan tubuh berkurangan

b) Vitamin B2 (riboflavin)
Fungsi : Pertumbuhan, metabolisma sel (pembebasan tenaga)
Sumber : Hati, daging, ayam, telor, susu, sayuran hijau
Kesan jika kekurangan : kulit kering / bersisik, daya tahan tubuh berkurangan

c) Vitamin B3 (niacin)
Fungsi : sistem pencernaan, sistem saraf, kesihatan kulit
Sumber : Hati, daging, ayam, telor, susu, sayuran hijau
Kesan jika kekurangan : kulit kering / bersisik, daya tahan tubuh berkurangan, kekejangan otot, insomnia, mudah mual dan muntah

d) Vitamin B6 (pyridoxine)
Fungsi : Metabolisma protein, penghasilan sel darah merah
Sumber : kekacang, jagung, hati, ayam, ikan
Kesan jika kekurangan : kulit pecah-pecah, kekejangan otot, insomnia

e) Vitamin B12 (cobalamin)
Fungsi : pembentukan DNA dan saraf baru, pencegahan anemia
Sumber : telor, hati, daging
Kesan jika kekurangan : kurang darah (anemia), lelah, asma

f) Vitamin C (asorbic asid)
Fungsi : pembentukan tisu penghubung antara sel, membekalkan protein untuk kestabilan sel kepada membran, mencegah scurvi atau rickets di kalangan kanak-kanak.
Sumber : Jmabu batu, kobis mentah, lobah merah, jus oren dan kebanyakan buah-buahan sitrus
Kesan jika kekurangan : jangkitan pada luka, gusi berdarah

g) Folic Asid
Fungsi : pembentukan DNA dan sel baru, terutama sel darah merah
Sumber : sayuran hijau, legum, biji kuaci / labu, jus oren

h) Pantothenic Acid
Fungsi : Metabolisma tenaga
Sumber : Hampir kesemua sayuran

i) Biotin
Fungsi : Metabolisma tenaga
Sumber : wujud dalam hampir setiap makanan, juga dihasilkan oleh bakteria di usus

3) Mineral

a) Chromium
Fungsi : mengekalkan paras normal gula dalam darah
Sumber : Daging, makanan belum proses, lemak dan minyak sayuran

b) Copper
Fungsi : Pembentukan sel darah merah dan tisu-tisu penghubung
Sumber : Daging, makanan laut, kekacang

c) Fluorine
Fungsi : Struktur gigi
Sumber : makanan laut, hati, daging

d) Manganese
Fungsi : Sintesis DNA, RHA dan protein
Sumber : Bijirin, gandum, buah-buahan, sayur-sayuran

e) Selenium
Fungsi : melindungi lipid pada membran sel, protein, dan asid  nukleik dalam mencegah proses oksidasi
Sumber : Brokoli, ayam, timun, kuning telor, bawang putih, cendawan, makanan laut, tuna

f) Zinc
Fungsi : Sintesis protein, DNA, RHA
Sumber : Daging, tiram, makanan laut, susu, kuning telor

Wahhh, banyak rupanya vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita setiap hari. Walaupun kuantiti yang diperlukan adalah kecil, tetapi, siapa yang sanggup meneliti setiap makanan yang di ambil setiap hari samada mengandungi semua vitamin dan mineral tersebut ataupun tidak? Sebab itulah, perlunya pengambilan Multivitamin setiap hari, kerana multivitamin mengandungi semua keperluan ini.

Anda boleh memilih VITALEA IRON FORMULA SHAKLEE sebagai multivitamin harian anda.



Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan :
Nama : Norzulsuriatey Yahaya
ID : 928560
Sms / W.app : 018-3709137
Emel : norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com.my
FB : norzulsuriatey.yahaya / CSC VitaHealth Cottage

No comments:

Post a Comment