Hidangan sarapan / minum petang ringkas - Potato Fritters

Assalamualaikum..

Cuti hari minggu selalunya dinantikan, dapat bersama keluarga dan anak-anak setelah seminggu penat bekerja. Dapat bergurau senda, makan bersama. Tetapi, yang selalu menjadi kebimbangan para ibu ialah, tiada idea nak masak apa untuk dimakan bersama anak-anak. Jom, saya kongsikan resepi ringkas untk sarapan atau boleh juga dimakan waktu minum petang. Potato Fritters ni dah jadi viral di facebook sejak bulan lepas.




Bahan-bahan :

  1. 3 biji ubi kentang
  2. 1 batang lobak merah (pilihan)
  3. Sebiji telor
  4. 3 sudu makan tepung gandum
  5. 4 sudu makan tepung jagung
  6. sedikit daun bawang
  7. garam
  8. minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
  1. Sagat halus ubi kentang dan lobak merah
  2. Hiris daun bawang


       3.  Pecahkan telor, gaul semua bahan kecuali minyak.


      4. Panaskan minyak, sedia untuk digoreng. Sendukkan adunan, leperkan supaya cepat masak dan ranggup. Goreng sehingga kekuningan dan masak.


      5. Siap untuk dihidangkan, boleh dimakan bersama sos cili. Rasa macam cucur tapi penuh dengan ubi kentang yang ranggup. Macam Hash brown pun ada. Sedap, berselera anak-anak makan.


Selepas menggoreng tu, jangan lupa toskan dan guna kertas yang menyerap minyak, yer.. Menggoreng makanan berasaskan tepung boleh menyebabkan minyak diserap dengan banyak.

Phytocol Shaklee boleh membantu mengurangkan kadar penyerapan kolestrol ke dalam saluran darah. Hubngi no tertera untuk maklumat lanjut.


Serbuk Pencuci dan Pelembut Mesra Alam

Assalamualaikum...

Hari ni saya ingin berkongsi mengenai serbuk pencuci dan pelembut pakaian. Tahukah kita, kebanyakan serbuk pencuci pakaian yang di jual di pasaran mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

Shaklee mempunyai serbuk pencuci dan pelembut pakaian yang tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain, iaitu Fresh Laundry Concentrated dan Soft Fabric Concentrated. Ianya dijamin selamat dengan ciri-ciri yang hipoalergenik, tanpa klorin dan bahan kimia berbahaya. Ianya juga selamat untuk digunakan membasuh semua fabric, termasuk pakaian bayi.



Fresh Laundry Concentrated
  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya 1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri

Fresh Laundry Concentrated
  • Berkepekatan tinggi, 
  • 32auns mampu melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut, mengawal kesan statik secara semulajadi
  • Mengekalkan warna, berbau harum
  • Botol kecil, mudah dibawa, dituang dan disimpan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak

Ciri-ciri serbuk pencuci dan pelembut pakaian Shaklee :
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  • Surfaktan mudah biorosot
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
  • Mesra alam
Dapatkan serbuk pencuci dan pelembut pakaian anda dengan klik buy now di bawah.


Atau hubungi no tertera untuk pertanyaan lanjut dan konsultasi:


Pencuci Serbaguna - Basic H

Assalamualaikum,...

Bila sebut pasal produk Shaklee, ramai yang beranggapan Shaklee hanya ada produk vitamin sahaja. Sebenarnya, selain vitamin, Shaklee juga mengeluarkan produk penjagaan diri dan kecantikan seperti set rawatan rambut dan set Nutriwhite, serta produk penjagaan rumah seperti sabun basuh dan pelembut, pencuci serbaguna serta penapis air.

Tahukah anda, pencuci serbaguna Shaklee, iaitu Basic H merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960... cube kire dah brape tahun dah.. hmm..   


____________________________
Basic H Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
____________________________

Kelebihan Basic H - Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.

Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)

Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam

Tahukah Anda?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain  

Keunikan Shaklee
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
  • Selamat

Anda boleh dapatkan pencuci serbaguna Basic H anda dengan hanya RM46. Klik Buy now sekarang


Atau hubungi untuk keterangan lanjut:


Dapatkan 5% diskaun Omega Guard Shaklee

Assalamualaikum....

Saya sangat teruja untuk berkongsi kegembiraan bulan November 2014 ini. Buat julung kalinya, Shaklee menawarkan promosi Beli 2 botol Omega Guard, dapat diskaun sebanyak 5%. Promosi beli 6 percuma 1, masih tetap dijalankan. Bulan November ini, Omega Guard Shaklee yang menjadi rebutan ramai ini pula mendapat tempat. Kenapa Omega menjadi rebutan ramai? Ini kerana terdapat 26 kelebihan Omega Guard ni tau.




Dengan pembelian set promosi Omega Guard Shaklee 6 botol ini, anda layak mendapat:

* 1 botol Omega Guard percuma (jimat RM136)
* Pendaftaran keahlian percuma (jimat RM75)
* Layak membeli produk Shaklee pada harga ahli (jimat 10-20% setiap produk)
* Layak mendapat pulangan wang (Cashbonus)

Tidak mampu membeli 6 botol? Jangan risau, boleh beli ikut kemampuan anda. Tetapi, dengan pembelian 2 botol Omega Guard, anda akan mendapat diskaun sebanyak 5%. Jimat sangat...



Omega Guard Shaklee ini sesuai di ambil oleh segenap lapisan masyarat seawal umur satu tahun dan ke atas. Omega 3 yang terkandung dalam OmegaGuard boleh membantu meningkatkan perkembangan minda kanak-kanak serta dewasa. Pengambilan Omega Guard oleh ibu-ibu mengandung dan menyusu juga membolehkan bayi di dalam kandungan dan bayi di bawah umur sat tahun mendapatkan khasiat yang sama. Omega Guard juga boleh membantu dalam penurunan berat badan serta penurunan paras kolestrol badan. Ingin tahu apa lagi kelebihan minyak ikan ini? Klik sini




Ingin dapatkan promosi ini, sertapertanyaan lanjut? Hantarkan emel kepada kami di norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com.my atau hubungi kami melalui no tertera.



Omega Guard Shaklee

Apa itu Omega 3?


Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh. Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik. Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik. 



SUMBER OMEGA 3 : Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee 

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak daripada ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) 

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.  

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat daripada ketumpatan minyak hati ikan. 

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. 

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA. 

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini 

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. 


Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee 

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita 

2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan 

3.  Mencegah salur darah dari tersumbat 

4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok 

5.  Mengekalkan tekanan normal darah 

6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher 

7.  Mengurangkan sakit kepala 

8.  Merendahkan kolestrol 

9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan 

10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL 

11. Mengawal masalah obesiti 

12. Mengurangkan risiko penyakit jantung 

13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin 

14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak 

15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak 

16. Membantu menyihatkan paru-paru 

17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll 

18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) 

19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang 

20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon. 

21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan 

22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik  

23. Memelihara fungsi-fungsi sendi 

24. Mencegah penyakit gout 

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:- 

- Mencegah insomnia 
- Mengurangkan tekanan emosi 
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan 
- Membantu memperbaiki masalah autism 
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive 
- Mengurangkan masalah schizophrenia 
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak 



Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan? 

1. Warga Emas 

2. Pesakit Jantung 

3. Wanita 

4. Wanita yang telah melahirkan anak 

5. Pesakit darah tinggi 

6. Orang yang selalu lupa 

7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas 

8. Pelajar 

9. Ibu menyusu 

10. Ibu Hamil 

11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Ingin membuat pembelian secara online? Omega Guard RM136/botol:




Sebarang pertanyaan, ingin dapatkan maklumat lanjut, emelkan kepada norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com.my atau hubungi :



Cara mudah mengajar anak-anak melipat baju sendiri

Assalamualaikum....

Di hari minggu macam ni, apalagi tugas hakiki seorang wanita sudah menunggu. Memasak masakan yang sedap-sedap untuk keluarga, mengemas, membasuh dan melipat baju. Yang paling saya tak suka, mengemas dan melipat baju. Kalaulah ada mesin yang boleh membantu membuat kerja-kerja ini. Tapi, sekarang ada cara yang kita boleh gunakan agar anak-anak dapat membantu melipat baju mereka sendiri. Di samping boleh membantu meringankan tugasan para ibu, dapat juga mengajar anak-anak berdikari. Mereka juga mesti seronok melipat baju menggunakan cara ini. Jom, saksikan video ini, anda pun boleh melakukannya.


Saya pun dah lupa dari mana saya dapatkan video ini, Anak-anak suka sangat menontonnya dan selalu minta ayah mereka buatkan, namun belum kesampaian. Ini pula video makcik saya menggunakan cara yang sama mengajar anak bongsunya melipat sendiri bajunya.


Selepas ni, saya sendiri akan menggunakan cara ini untuk anak saya. Heee. Tapi, selepas anak-anak dah tolong tu, jangan lupa, hadiahkan mereka sesuatu sebagai tanda penghargaan. Boleh juga hadiahkan mereka Homemade Banana Choco Mealshakes macam saya buatkan ni. Oh, bulan Oktober 2014 ni, promosi Mealshakes dan ESP Shaklee, Jadi, bolehlah dapatkannya dari saya beserta resepi istimewa saya ini.





Homestay di Cameron Highland yang selesa dan murah

 Assalamualaikum...

Ada sesiapa merancang untuk bercuti ke Cameron Highland, tak? Cuti sekolah pun lagi sebulan je, kan? Boleh la bawa anak-anak dan keluarga anda bercuti. Bagi percutian keluarga, penginapan yang macam mana menjadi pilihan anda? Hotel yang berbintang-bintang atau homestay? Bagi saya yang mempunyai anak ramai ini, (tiga orang sudah dikira ramai, kan?) saya lebih suka menginap di homestay berbanding hotel. Tambahan lagi, kebiasaan bagi saya dan suami, kami gemar membawa ibubapa suami atau adik-adik saya bersama. Jadi, tentunya penginapan yang mesra poket dan boleh boleh memuatkan ramai ahli menjadi piihan saya. Percutian ke Cameron Highland pada Disember nanti, kami memilih unuk menginap di Homestay Puncak Arabela.



Ruang tamu yang luas
Master Bedroom 
Bilik Kedua 
Bilik ketiga - Tilam tambahan
Peralatan dapur
Homestay Puncak Arabelle ini terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. iaitu kira-kira 2 kilometer dari pusat bandar.

    ~ harga RM250 semalamam (hujung minggu n cuti sekolah), 

    ~ harga RM150 semalamam (hari bekerja)

    ~ 3 bilik tidur dan 2 bilik air

    ~ Sesuai untk keluarga (10 orang)

    ~ Ada tv dan astro full package

    ~ Peralatan asas yang lengkap untuk memasak

    ~ Mandian air panas (water heater)

    ~ Berhampiran Masjid Abu Bakar

    ~ Perjalanan ke Mardi (Taman Agroteknologi Mardi) lima minit sahaja

    ~ 5km / 8 minit ke Pasar Malam Brichang

    ~ Terdapat kedai runcit berdekatan

    ~ Tempat letak kereta yang luas

Sekiranya anda berminat untuk menginap di homestay ini, anda boleh hubungi terus pemiliknya, Cikgu Zul 014-903 2532 atau facebook Homestay Puncak Arabella.

Nak bercuti dan makan angin, pastikan anda sentiasa cergas dan bertenaga, barulah seronok jalan-jalan melawat tempat orang. Meh hubungi saya, saya akan bagi penerangan kepada anda.


Photoshoot Outdoor Murah

Assalamualaikum...

Pagi tadi borak-borak kosong dengan geng group whatsapp mengenai photoshoot. Rata-rata setuju, lebih bagus ambil gambar selepas kahwin kat studio sebab semasa majlis kahwin, mestilah malu-malu kucing nak bergambar, possing maut, kan? Samala dengan gambar kahwin saya empat tahun lepas, sangat kaku, tak sedia, tak cantik je. Heee..


Ini gambar keluarga saya, yang di ambil pada hari raya  dua tahun lepas, menggunakan 'smartphone'. Not bad, tapi gambar macam tak berkualiti la kan. Ini gambar terakhir bersama arwah ayah..


Ini pula gambar Rayyan Hakimie, sewaktu kawan-kawan saya datang melawat selepas tempoh berpantang. Gambar ni di ambil oleh kawan dengan menggunakan kameranya, dan di edit. Cantik juga, macam profesional pun ada.


So, saya apa lagi, cuba men'google', mencari kot-kot terjumpa mana-mana pakej photoshoot yang murah, kalau dapat outdoor siap makeup sekali lagi bagus, kan? Ni ada senarai hasil 'Google' saya tadi..


2. Snappshooter  


4. Bajonzphoto     

5. Eyecap Studio

6. Fotografi Perkahwinan     

7. Pakej Perkahwinan  

8. Studio Photoshoot Murah

9. Khidmat Fotografi Murah

Oh, dah tempah photoshoot anda tu, jangan lupa, kene la cantik luar dan dalam, kan? Nak kulit glowing-glowing, hilangkan parut jerawat dan kulit licin, halus? Meh contact saya, yer.. ada tawaran hebat menanti anda bila anda bagi tahu anda sudah menempah slot family photoshoot....


Petua Merawat Tumit Kaki yang Pecah

Assalamuaikum...

Selamat Hari Raya AidilAdha. Kebiasaannya, sewaktu sambutan Aidiladha, kita akan buat kenduri atau hadiri kenduri jiran-jiran yang melaksanakan ibadat korban dan akikah, kan? Pernah tak ternampak sewaktu duduk-duduk tolong potong bawang dan daging tu, tumit kaki jiran-jiran dan tumit kaki kita sendiri? Heee, ni yang saya terperasan pada AidilAdha kali ni. Tumit kaki saya lagi teruk, buruk dari tumit makcik saya. Waaaaa, malu... Biasalah, sebagai wanita, tumit kaki pun wajib cantik, licin juga, kan?


Jom, kita berkongsi petua untuk rawat kulit kaki merekah ni :

1. Minyak Zaitun
Minyak zaitun, boleh melembapkan kulit kaki yang kering. Hanya sapu sedikit pada tumit dan pakai stokin supaya lebih mudah diserap. Jangan lupa untuk sapu sebelum tidor.

2. Pisang
Ambil kulit pisang yang masak, gosokkan di tumit anda. Biarkan seketika sebelum dibasuh. Boleh diulang setiap hari dan lihat hasilnya selepas seminggu.

3. Getah Betik Muda
Pernah tak anda makan betik muda sebagai ulam, atau buat kerabu betik yang dikenali sebagai somtam? Sebelum basuh betik tersebut, ambil dahulu getahnya dan sapu pada tumit kaki. Lakukan sekerap mungkin.

4. Belimbing Buluh
Guna belimbing buluh untuk di luhurkan ke tumit kaki sebelum diberus menggunakan berus lembut.

5. Pasu lama
Petua ni saya dapat dari arwah ayah. Ambil pasu yang lama atau yang rosak, seeloknya yang berbentuk mangkuk atau boleh menangkung air. Letakkan sedikit air, gosok / berus / kikir serpihan pasu ke pasu yang di letakkan air tadi seketika. Sapu dan gosokkan air pasu tersebut ke tumit kaki. Air tersebut agak kasar sebab sudah bercampur dengan serpihan pasu.

6. Daun sirih
Layur daun sirih di atas api, jangan sampai terbakar pula. Tampal daun sirih di tumit kaki sebelum tidor.

7. Minum Air Masak
Okey, yang ini kita merawat dari dalam. Tumit merekah dan kering adalah disebabkan kekurangan air. Jadi, atasinya dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Bagaimana mengetahui air yang kuantiti di perlukan oleh badan? Setiap 25kg berat badan memerlukan satu liter air.

8. Pakai selipar / alas yang betul
Kebiasaannya, tumit kaki kering dan merekah terjadi apabila kita tidak memakai alas sewaktu melakukan kerja-kerja di dapur yang basah, lembap dan bersimen. Alaslah kaki anda dan pakai kasut yang bersesuai ketika keluar.

9. Menggunakan Losyen
Sapu losyen setiap hari boleh mengelakkan kulit kering dan kaki merekah.


10. Soya
Tahukah anda soya mampu merawat kelembapan kulit dari dalam? Jom amalkan ESP Shaklee.
 

Selamat Mencuba



Pengedar Sah Shaklee di Shah Alam, Klang dan Damansara

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian mengenai saya. Saya Norzulsuriatey Binti Yahaya, merupakan isteri kepada Nuzul Khairiel Abdul Rahman dan ibu kepada dua hero, Rayyan Hakimie dan Raiq Iskandar.



Saya merupakan pengedar sah Shaklee sejak Oktober 2013. Bagaimana saya bermula dengan Shaklee? Semenjak melahirkan anak pertama, saya mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya. Alhamdulillah, ketika menyusukan Rayyan Hakimie, saya tidak menghadapi masalah kekurangan susu sehingga saya berputus susu ketika Rayyan berumur satu tahun sembilan bulan. Sewaktu menyusukan Rayyan, saya hanya mengamalkan pemakan makanan sunnah seperti kurma, buah tin dan air zam-zam serta halba. 

Selepas melahirkan Raiq Iskandar, pengeluaran susu agak berkurangan. Semasa dalam tempoh berpantang, saya masih mampu mengamalkan penyusuan sepenuhnya, tetapi tidak dapat menyediakan bekalan susu secukupnya untuk tidak disediakan apabila saya mula bekerja kelak. Pelbagai usaha telah dilakukan, namun masih belum berjaya. Alhamdulillah, selepas diperkenalkan dengan set penyusuan Shaklee, saya mampu meyediakan bekalan susu ibu secukupnya kepada Raiq Iskandar. Sekarang, Raiq Iskandar sudar berumur satu tahun lima bulan dan masih menyusu badan.

   
Saya merupakan pengedar Shaklee bagi kawasan Lembah Klang. terutama kawasan Shah Alam, Setia Alam, Klang dan Damansara. Bagi luar kawasan, penghantaran masih boleh dilakukan melalui pos. Saya boleh dihubungi melalui :
 Facebook : Norzulsuriatey Yahaya



Twitter : Suriatey Yahaya



Anda juga boleh terus membuat pembelian produk Shaklee pilihan anda dengan klik gambar di bawah dan isikan butiran serta pilih produk pilihan anda dengan klik di kotak di sediakan di web berkenaan. Selamat 'BerShopping".

Shopping Online
Shopping Online



Oktober - Promosi ESP dan Mealshakes Shaklee

Assalamualaikum...

Yeehaaa... Oktober bulan kenyang nampaknya tahun ni. Bukan sahaja akan menyambut Raya Korban yang pastinya akan dapat makan daging akikah dan jemputan kenduri, tapi dapat juga minum ESP dan Mealshake dengan harga sangat special. Untuk kali kedua, Shaklee menawarkan promosi berganda. Rugi tak rebut ni.



Q : Apakah yang anda dapat dengan promosi ESP SHAKLEE ini?
A : Dengan pembelian 6 jar ESP, anda akan dapat :
     1) 1 jar ESP percuma (jimat RM150)
     2) pendaftaran keahlian percuma (jimat RM75)
     3) pulangan wang tunai (cash back)

Q : Apakah keistimewaan ESP Shaklee?
A : 1) membantu mencantikkan kulit muka, halus, gebu dan berseri
     2) membantu menghilangkan jerawat, jeragat dan parut
     3) membantu melancarkan penyusuan susu ibu
     4) menganjalkan kembali payudara yang kendur
     5) mengenyangkan dan membantu dalam proses pelangsingan badan
     6) memberi tenaga berpanjangan kepada badan dan meningkatkan kesihatan tubuh secara keseluruhan
     7) membantu tumbesaran bayi dalam kandungan dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
     8) membantu mempersiapkan badan ibu untuk penyusuan yang lancar selepas bersalin
     9) membantu  membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang baik dan sihat bagi masalah kesuburan
    10) membantu mengurangkan risiko kanser, bertindak sebagai antioksidan, menguatkan sistem imum tubuh, mempertingkatkan tahap kolestrol baik, memelihara kesihatan jantung, serta mencegah risiko osteoporosis.


 


Dengan setiap pembelian 1 set Meal Shakes Shaklee, anda akan dapat :

1. 3 Tong Mealshakes
2. 1 Tong Mealshakes (jimat RM113.75)
3. 10% daripada harga 1set  Mealshakes akan disalurkan kepada 'MyKasih Foundation'.


Kenapa Meal Shakes ni sangat penting dan amat digalakkan mengambilnya setiap hari?

1) Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. 
2) Membekal Nutrisi kepada sel tubuh kerana ia kaya dengan protein untuk bantu membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dll
3) Kaya kalsium, fiber dan protein.
4) Membantu menambah selera makan
5) Membantu memberi badan rasa bertenaga.

6) Mengandungi ANTIOKSIDA seperti vitamin A,C,E, zink dan selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
7) Detoksifikasi: kaya dengan SERAT untuk bantu BUANG LEMAK BERLEBIHAN dan sisa buangan dari perut dan usus (BAGUS UTK CEGAH SEMBELIT)
8) Menguatkan sistem immuniti tubuh terhadap serangan penyakit

9) Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa


Siapakah perlu mengambil Meal shakes?

1) Kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas 
2) Kanak-kanak / dewasa yang mengalami masalah tiada selera makan
3) Kanak-kanak / dewasa ingin tambah berat badan
4) Wanita mengandung
5) Wanita menyusu / berpantang
6) Individu yang mempunyai masalah sembelit
7) Individu yang mempunyai masalah sukar menelan pil / tablet
8) Warga emas yang tiada tenaga dan kurang selera makan

Jom, dapatkan set anda hari ini...

ID : 928560
SMS/ W.APPS : 018-370 9137


Perlukah adanya SOHO bagi WAHM?

Assalamualaikum…


Kebelakangan ini, kita selalu mendengar atau mmembaca istilah glamour ini, SOHO, WAHM. Apakah SOHO dan WAHM ni? SOHO ialah singkatan kepada Small Office Home Office, manakala WAHM pula ialah Work At Home Mum. Kedua-dua istilah ini berkait rapat dan merujuk kepada bekerja dari rumah. 

Sekarang, sudah ramai para isteri dan ibu yang memilih untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak mereka. Ada di antara mereka yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi, Ijazah malahan Master. Tak kurang juga mereka yang sebelumnya memegang jawatan yang tinggi dan disegani, seperti CEO syarikat, Jurutera, Arkitek dan sebagainya. Mesti ramai yang tertanya-tanya, adakah mereka hanya berada dirumah, jaga anak-anak, masak dan kemas rumah sahaja? Bagaimana dengan pendapatan mereka yang dulunya empat, lima angka, tiba-tiba jadi 'zero'? 



Sebenarnya, di samping menjadi surirumah dan menjaga anak-anak, mereka juga bekerja. Tetapi, mereka bekerja dari rumah, menjana pendapatan secara 'online' atau 'offline'. Sebab itu mereka digelar Work At Home Mum. Malahan, ada di antara WAHM ini mampu memperolehi pendapatan sehingga enam angka setiap bulan, lebih tinggi daripada gaji mereka sebelum ini. Apakah yang mereka lakukan? Mereka hanya menjalankan urusan perniagaansecara online. Produk yang mereka tawarkan, tidak hanya tertumpu kepada produk fizikal seperti tudung, pakaian, dan kosmetik, tapi turut menawarkan produk / perkhidmatan seperti E-Book dan kelas secara online.

Macammana mereka bekerja di rumah sambil menjaga menguruskan anak-anak? Ianya terletak kepada kemahuan dan semangat juang anda. Sekiranya anda berkehendakkan sessuatu, pasti akan mencuba sedaya mungkin ntuk mendapatkannya, kan? 



Pentingkah SOHO bagi WAHM? Sebenarnya, SOHO sangat penting kepada semua yang ingin menambah pendapatan dengan bekerja dari rumah, terutama secara online. Dengan adanya SOHO bermakna kita bersedia untuk berniaga dari rumah, sebab kita sanggup sediakan satu tempat khas untuk urusan bisnes. SOHO adalah tempat untuk kita buat kerja dengan tenang, selesa, mencari idea, inspirasi, dan mencari pendapatan. Bergantung kepada keperluan dan kemampuan kita, perkara asas bagi sesebuah SOHO ialah meja, kerusi, laptop, rak buku dan sebagainya. Hiasilah SOHO mengikut citarasa kita agar dapat membangkitkan semangat untuk bekerja. 


SOHO milik Hadhatina MKB
Sumber Google
SOHO milik Najihah Razali 

Anda tidak perlu berhenti kerja dulu baru berjinak dalam perniagaan online, sebaliknya mulakan perniagaan online anda sewaktu masih bekerja, kerana waktu ini anda masih mempunyai pendapatan bulanan yang boleh dijadikan modal sampingan. 

Ingin menambah pendapatan anda sehingga empat, lima atau enam angka? Jom sertai kami, secara part time atau full time. Anda yang menentukan jalan anda, anda mampu mengubahnya. Sertai kami Menjana Pendapatan Lumayan.