Eksperimen mengenali Viat-Lea I Multivitamin, Multimineral yang terkenal

Assalamualaikum...


Kali ni saya ingin kongsi satu eksperimen yang telah saya jalankan ke atas multivitamin Shaklee, iaitu Vita-Lea. Eksperimen ke atas tablet Vita-Lea yang agak besar dan berwarna hijau pekat ini bagi saya adalah pelik tapi benar.




Tajuk : Mengenali Vita-Lea Iron Formula

Tujuan : Mengetahui masa yang diambil oleh Vita-Lea untuk larut dan melihat keratan rentas.

Hipotesis : Adakah Vita-Lea adalah vitamin larut lemak atau vitamin larut air

Bahan / Alat :  1) Segelas air masak

                       2) Pisau

                       3) 2 biji Vita-Lea

Langkah-langkah : 

                       1) Ambil sebiji Vita-Lea, potong kepada dua bahagian untuk melihat keratan rentasnya.

                       2) Ambil sebiji lagi Vita-Lea, rendam dalam segelas air masak. Catat masa mula.

                       3) Perhatikan perubahan Vita-Lea yang direndam, catat masa tamat.

Pemerhatian :


Keratan Rentas Vita-Lea


Vita-Lea Iron Formula
Perbincangan :

                     1) Multivitamin ini berwarna hijau tua, tetapi keratan rentas di dalamnya berwarna putih.

                     2) Terdapat biji-biji putih kecil di dalam Vita-Lea yang merupakan bijian kanji yang apabila terlarut dalam air, ia akan pecah dan membebaskan nutrisi yang 'terikat' dalamnya.

                     3) Hanya mengambil masa kurang daripada 5 minit untuk larut di dalam air

                     4) Tablet berwarna hijau tua ini tidak merubah air kepad warnahijau, sebaliknya air berubah kepada warna oren, warna asli larutan mineral dan vtamin di dalamnya.

Kesimpulan : Vita-Lea Iron Formula merupakan multivitamin larut air.


Fakta menarik mengenai Vita-Lea :

©© Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (100 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.

©© Vitalea dihasilkan melalui teknologi eksplosif yang kompleks disebut explore tab. Explo-Tab ialah teknologi yang membolehkan vitalea kekal sementara waktu di dalam sistem pencernaan, dan kemudian dengan cepat ia akan “meledak” untuk membebaskan nutrisi di dalamnya. (pendek kata, penyerapan segera)

©© Disokong oleh 7 kajian klinikal.Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%

©© Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

©© Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.


Dapatkan multivitamin anda hari ini, hubungi :


Phytocol-ST Shaklee - Mengawal kehadiran kolestrol dalam badan

Assalamualaikum...


Pada bulan Jun 2014 yang lepas, Shaklee telah melancarkan satu produk baru, yang dikenali sebagai Phytocol-ST. Phytocol-St adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000mg fisoterol setiap hari dan disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). Phytocol-ST Shaklee dirumuskan secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol didalam tubuh. 



Phytocol-st





Perbezaan Phytocol-St Shaklee adalah: 

  • Diperbuat daripada campuran bahan yang mengandungi fisoterol yang boleh didapati secara semulajadi didalam tumbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijian
  • Mengandungi 2000mg fisoterol daripada tumbuhan yang diperlukan setiap hari
  • Fisoterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 kajian untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • Kandungan fisoterol yang mencukupi seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Halal
  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis atau bahan pengawet




Bagaimana Fisoterol dalam Phytocol Shaklee berfungsi?



Fisoterol secara strukturnya adalah sama dengan kolestrol dan bersaing dengan kolestrol untuk penyerapan di dalam usus justeru meninggalkan kolestrol. Ini bermaksud, lebih banyak fisoterol yang dimiliki tubuh anda, lebih kurang kolestrol yang diserap didalam badan! Anda juga berpeluang menurunkan paras kolestrol LDL anda dengan pengambilan fisoterol.


SIAPA SESUAI MENGAMBIL PRODUK INI?


1. Anda yang mempunyai masalah kolesterol tinggi
2. Anda yang suka makan makanan berkolesterol tinggi
3. Anda yang mempunyai nafsu makan yang membuak-buak

Ada banyak hal yang menjadi penyebab atau timbulnya kolesterol tinggi dalam darah. Penyebab utama meningkatnya kadar kolesterol adalah disebabkan oleh makanan yang banyak mengandung lemak, pola hidup yang tidak sihat dan seimbang, gaya hidup yang salah dan kebiasaan buruk yang menjadi rutin sehari-hari.


APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN PARAS KOLESTROL MENINGKAT?

1. Faktor yang tidak dapat dikawal
  • Keturunan. Apabila ada keluarga yang berkolesterol tinggi, maka besar kemungkinannya anak memiliki bakat unutk mempunyai kolesterol yang tinggi, risiko adanya suatu gangguan kesihatan biasa 6 kali lebih besar menimpa anak dibanding orang tua.
  • Usia. Setelah usia 20, kolesterol cenderung meningkat. Buat kaum hawa, kolesterol akan mudah naik setelah umur 50 tahun dan pada wanita, kolesterol akan mudah untuk naik setelah menopause.

2. Faktor yang dapat dikawal
  • Makanan telalu banyak lemak, seperti mentega, biskut, dan fast food.
  • Kelebihan berat badan
  • Kurang bersenam
  • Merokok
  • Gaya hidup yang tidak sihat
  • Stress
  • Diabetes mellitus
  • Minum kafein yang berlebihan
  • Diet yang salah
  • Obesiti

Jom, kawal kolestrol dalam badan kita dengan Phytocol-ST dan Omega Guard.


Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi :



Assalamualaikum...


Hari ni saya nak kongsi apa itu Lecithin. Lecithin ni biasa glamour bagi mereka yang ingin kurus dan mengamalkan set slimming. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.. 

Lecithin boleh didapati di dalam makanan termasuk kacang soya dan kuning telur. Lecithin digunakan sebagai ubat dan juga dalam penghasilan ubat itu sendiri. Sesetengah orang menggunakan lecithin sebagai pelembap yang disapu pada kulit.

Lecithin merupakan asas dalam pembinaan sel yang menghalang pengerasan membran sel. Sel yang sihat membentuk tubuh badan yang sihat dan kuat. Membran sel merupakan bahagian kritikal dalam memastikan input dan output nutrisi dalam sel-sel kita. 

Memelihara sel adalah sangat penting untuk mengekalkan tahap ketahanan tubuh menentang penyakit yang dapat merosakkan sel. Phospholipids seperti lecithin dihasilkan dalam jumlah tertentu oleh organ-organ utama tubuh kita seperti hati, buah pingggang dan jantung. Ia juga boleh diambil daripada sumber luar.

Soy lecithin merupakan satu formula yang popular sebagai supplement bagi mengurangkan tahap kolestrol jahat dan triglycerides. Tambahan pula, soy lecithin meningkatkan tahap HDL yang lebih dikenali sebagai kolestrol baik. Ia juga dapat memberi manfaat kepada pesakit yang sedang dirawat akibat tahap kolestrol yang tinggi. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. 

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Cuma perlu diambil selepas makan, especially makanan berat yang mungkin mengandungi lemak atau berminyak kerana minyak yang diambil akan membantu penyerapan vitamin ini sebab tu ia dipanggil vitamin larut lemak.

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’ dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..haa..istimewanya lecithin ni,kan..

Jom kita tengok apakah fungsi Lecithin ini.
Faedah Pengambilan Lecithin

Jadi, jangan ingat hanya mereka yang ingin menguruskan badan sahaja boleh mengambil lecithin ini. Golongan di bawah ini juga memerlukan produk lecithin Shaklee ini:

1) Ibu menyusu - mengurangkan bengkak susu serta mengembalikan bentuk badan dan berat yang diinginkan.

2) Pesakt diabetes, buah pinggang, dan stroke

3) Mereka yang mempunyai kadar kandungan kolestrol yang tinggi

4) Mereka yang mengalami inflamasi seperti gout.
5) Mereka yang sukar tidor atau insomnia

Ingn mendapatkan Lecithin anda? Hubungi no di bawah:





Vivix | Supplemen terbaik anda

Assalamualaikum...


Vivix Shaklee Supplemen terbaik anda! 


Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.





1.  Anggur Muscadine  


Satu-satunya anggur yang mempunyai lebih satu kromosom yang bermanfaat untuk kesihatan. Ia mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria. Anggur muscadine dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti radang. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan


2. Elderberry atau Sambucus Nigra 

Elderberry juga dikenal sebagai Sambucus Nigra. Buahnya bulat kecil berwarna ungu gelap bergerombol seperti anggur. Buah ini banyak tumbuh di Eropa, Amerika Utara, Asia, dan Inggris. Elderberry merupakan jamu popular dan telah lama digunakan dalam pengobatan tradisional. Jus Elderberry telah terbukti sangat efektif dalam pengubatan dan penyembuhan flu dan juga digunakan untuk mengubati penderita flu selama epidemi di Panama pada tahun 1995. 

Kandungan vitamin C yang tinggi membuat jus elderberry sangat bermanfaat dalam pengubatan penyakit yang disebabkan oleh infeksi virus dan bakteri. Manfaat lain yang sangat penting dari jus elderberry adalah kemampuannya untuk mencegah dan mengubati kanser, fakta dikaitkan dengan antioksidan yang dikandungnya. Jus Elderberry meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta sangat membantu dalam mengubati penyakit AIDS dan kanser. 

Jus Elderberry dikenal untuk menurunkan kadar kolesterol dan mengurangi kolesterol jahat. Hal ini dapat sangat bermanfaat dalam mencegah penyakit jantung. Kesan berbahaya dari pencemaran, stres, dan makan yang tidak sihat dapat dicegah dan dikurangi dengan mengambil jus elderberry setiap hari. Jus elderberry mencegah dan membantu penyembuhan diabetes, perlindungan terhadap infeksi virus, dan sesak nafas juga dapat meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal


3. Purpple Carot 

Ia adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimial termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yg mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayur. Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua karot dan ia bertanggungjawab mengurangkan diabetes. Kebelakangan ini kajian menunjukkan anthocyanins, bertindak sebagai anti radang, anti mikrobial dn anti carcinogen. Ia mengurangkan risiko penyakit jantung. 


4. Polygonum Cuspidatum 

Polygonum cuspidatum  ( knotweed jepun) adalah tumbuhan perenial yg besar berasal dari asia, yang juga banyak ditemui di amerika utara dan eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol Polygonum Cuspidatum banyak manfaat kesihatan dan dgunakan unutk merumuskan supplemen anti penuaan. Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dan megurangkan berat badan



Apakah Manfaat Vivix?






Hubungi no tertera untuk dapatkan stok vivix anda segera atau dapatkan terus menggunakan esell..




Buy Vivix Online


Kebaikan Minyak Ikan Omega 3

Assalamualaikum...

Semalam, dapat mesej dari Master Hadhatina, bertanyakan satu vitamin Shaklee kesukaan saya. Oh, my.. tak tahu nak jawab apa. Saya dah guna Set Menyusu, Set kurus dan Set Kesuburan. Semua saya suka dan jatuh cinta. Macammana nak pilih salah satu je? 

Okey, saya buat keputusan untuk berkongsi tentang Omega Guard Shaklee hari ini. Kenapa Omega Guard menjadi pilihan di antara pelbagai produk Shaklee yang lain? Omega Guard ini boleh di ambil oleh kanak-kanak seawal umur 1 tahun ke atas, ibu mengandung dan menyusu, lelaki, serta warga emas. OmegaGuard ini boleh diambil oleh semua golongan.


Suami saya adalah agak berisi orangnya, atau lebih dikenali boroi sebenarnya. Sewaktu pulang bercuti bersama keluarga di kampung halaman, suami asyik disindir oleh adiknya mengenai perutnya yang sekarang mengalahkan wanita mengandung 5 bulan. Selain diperli, suami juga di cabar oleh adiknya untuk kuruskan badan sebelum hari raya nanti. Pantang di uji, suami mendaftarkan diri ke Gymnasium tempatnya bekerja. Selain giat ke Gym dan mengikuti kelas senaman khas di Gym, suami juga turut jogging di waktu petang dan bermain futsal bersama rakan-rakan. Selepas seminggu, hasil yang suami dapat tidaklah seperti di harapkan. Saya menyarankan suami mengambil Omega Guard, di samping aktiviti fizikal yang dilakukan. Dalam seminggu, suami beritahu, terdapat perbezaan berat badannya, disamping badannya juga rasa ringan dan bertenaga. Dan suami berjaya dapatkan berat badan yang diingini sebelum Hari Raya menjelma.

Saya juga memberikan Omega Guard kepada anak kedua saya, Raiq Iskandar, yang akan genap umurnya 2 tahun pada bulan April nanti. Sebelum ini, Iskandar menghadapi masalah sukar membuang air besar, walaupun Iskandar sangat suka makan nasi bersama sup dan disertakan sayur. Ianya merupakan perkara biasa untuk melihatnya menangis setiap kali ingin membuang air besar. Semenjak saya memberinya makan Omega Guard, Iskandar sangat senang membuang. Tiada lagi adengan menangis ke toilet. Selain itu, Iskandar juga kelihatan lebih senang dan cepat belajar berbanding abangnya dahulu, dan juga sukar untuk dijangkiti demam.

          

Sebelum ini, ibu mertua selalu menceritakan beliau sering merasa lenguh-lenguh badan dan sakit-sakit sendi terutama ketika musim hujan dan waktu malam. Beliau yang selalu ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapati paras kolestrol dalam badannya sangat tinggi. Selepas saya memperkenalkan Omega Guard kepada mertua, beliau hairan apabila doktor memberitahu paras kolestrolnya sudah stabil. Sakit-sakit sendi yang selalu dialaminya juga sudah berkurangan.

Ini diantara kebaikan yang dapat di perolehi daripada Omega Guard Shaklee. Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan kebaikan daripada Omega Guard ini, anda boleh dapatkannya terus daripada esell dibawah atau hubungi saya.