Susu Ibu atau Susu Formula?

Asalamualaikum...

Masih cerita mengenai kunjungan saya ke hospital melawat ibu dan bayi baru dilahirkan. Ketika di wad, saya terdengar perbualan seorang ibu muda bersama suaminya. Suaminya menyuruh ibu tersebut memberi bayi mereka susu formula apabila si isteri mengadu susu badannya belum keluar. Namun, cadangan itu di tolak oleh si ibu. Good Job!!


Allah berfirman yang bermaksud: “Dan ibu-ibu menyusukan anak-anaknya dua tahun genap, bagi orang yang hendak menyempurnakan susuan. Kewajipan ke atas bapa memberi belanja ibu, anaknya itu dan pakaiannya secara makruf, tidaklah diberati seseorang melainkan sekadar tenaganya. Tidak mudarat ibu kerana anaknya dan tidak pula (mudarat) bapa kerana anaknya; dan terhadap waris pun demikian juga. Jika kedua-dua ibu bapa hendak menceraikan anaknya daripada menyusu (sebelum dua tahun), dengan kesukaan dan mesyuarat antara keduanya, maka tidaklah berdosa keduanya. Jika kamu mengkehendaki perempuan lain menyusukan anakmu, maka tidak berdosa kamu apabila kamu berikan upahnya secara makruf. Dan takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 233)   


Tahukah anda penyusuan susu ibu merupakan salah satu komponen utama dalam pendidikan awal seorang anak. Peranan mendidik anak melalui penyusuan ini, hanyalah dianugerahkan kepada kaum wanita sahaja. Allah swt telah memilih kaum wanita kerana sifat keibuan yang kuat dalam diri mereka. Setiap bayi yang baru lahir, dikurniakan naluri untuk menyusu pada payudara ibunya. Penyusuan susu ibu mampu melengkapi segala keperluan rohani dan jasmani yang diperlukan oleh seseorang bayi.




Ya Allah, hebatnya ciptaanMu. Hanya melalui susu ibu, bayi mendapat semua kelebihan ini tanpa perlu pengambilan makanan minuman lain. Kajian pakar pemakanan juga mendapati susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral. Susu ibu juga mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi.


Melalui penyusuan susu ibu juga, ibu turut mendapat banyak kebaikan seperti:

1. Mengurangkan pendarahan selepas bersalin

2. Mempercepatkan pengecutan rahim 

3. Bertindak sebagai perancang keluarga semulajadi

4. Membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

5. Mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal  dan mengurangkan berat badan tanpa perlu berlapar.




Bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka namun menghadapi masalah susu ibu kurang, boleh mencuba SET PENYUSUAN SHAKLEE. Selamat, Berkesan, Semulajadi. Jangan jadikan alasan susu kurang untuk anda bertukar kepada susu formula. Kenali diri anda, dan hargai kesihatan anak anda.

Bagi ibu-ibu yang menggunakan susu formula, sila baca dan fahamkan label susu formula terlebih dahulu sebelum memberi anak anda susu. Ini kerana, kebanyakan susu formula mengandungi kandungan gula yang tinggi, yang tidak bagus untuk anak anda. Ketahui istilah-istilah yang digunakan untuk menggantikan gula seperti Corn Syrup Solid, Sucrose, dan Glucose Syrup Solid. Saya tidak menggalakkan susu formula untuk bayi baru lahir sehingga 2 tahun. Susu formula boleh di perkenalkan kepada anak selepas berumur 2 tahun. Bagi anda yang ingin membeli susu formula, sila semak kandungan gula di web ini.  www.semakgula.com.my


Semoga laman web ini akan membuka mata anda mengenai kandungan gula tersembunyi dalam susu formula di pasarann dan mengembalikan anda ke arah PENYUSUAN SUSU IBU demi kesihatan bayi kita. 






No comments:

Post a Comment