Vitamin Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum...

Anda sudah disahkan hamil? Tahniah!!! Pastikan anda menjaga diri dan kandungan anda dengan baik, mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat, memastikan diri mendapatkan rehat yang secukupnya serta memastikan anda mengambil prenatal vitamin dengan betul. Pengambilan prenatal vitamin sangat digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Apakah vitamin prenatal yang diperlukan ibu mengandung? Antara vitamin yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung dan bayi dalam kandungan adalah asid folic, kalsium, zat besi dan omega 3. Jom, kitalihat apa fungsi-fungsi vitamin ini.



a) Asid Folic

Asid Folic sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ia seharusnya diambil sebaik sahaja persenyawaan berlaku supaya kita dapat berikhtiar untuk menghalang kecacatan tulang belakang (neural tube), disamping membantu pembentukan saraf dan sel yang lain. Sebaiknya, asid folid di ambil sebelum kehamilan lagi.

Dos yang dicadangkan bagi wanita yang bersedia untuk hamil ialah 400microgram (mcg) sehari, manakala bagi wanita hamil ialah 1,000mcg sehari.

b) Zat Besi

Zat besi penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia juga mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Dos yang biasa dicadangkan kepada wanita hamil ialah 30mg, berbanding wanita tidak hamil 18mg. 

Bagi mengalakkan penyerapan zat besi dengan lebih baik, elakkan pengambilan antibiotik dalam masa 2jam sebelum dan selepas pengambilan suplemen zat besi. 

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi seperti ikan, daging merah dan hati. Jadi pengambilan zat besi harus dilakukan sejam sebelum atau 2 jam selepas mengambil makanan ini. Begitu juga produk tenusu seperti susu, mentega atau keju. Elakkan juga suplemen yang mengandungi kalsium daripada diambil bersama suplemenzat besi.

c) Kalsium

Kalsium pula sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Tanpa bekalan kalsium yang cukup, ibu hamil boleh terdedah kepada risiko preeclampsia, yang mungkin membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Dos kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil ialah 1,000mg sehari.

d) Omega-3

Omega-3 diperlukan untuk perkembangan otak, membentuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Doos yang disarankan bagi wanita hamil dan menyusu alah 200-300mg sehari.


Vitamin prenatal sangat diperlukan oleh ibu hamil bagimenjamin kesihatan ibu dan bayi. Namun, harus diingat, vitamin prenatal tidak memberikan 100% keperluan badan. Ibu hamil wajib mengamalkan pemakanan secara seimbang yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein, sayur, buah serta air yang mencukupi. 

Tidak tahu vitamin prenatal yang mana harus diambil? Jom, klik link Set Kehamilan ini.


Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kehamilan? Hubungi rakan ibu hamil anda:


Nama : Norzulsuriatey Yahaya
Telefon : 018-370 9137 (sms/whatsapp/viber/telegram)
FB : https://www.facebook.com/norzulsuriatey.yahaya













No comments:

Post a Comment