Pengiraan Waktu Subur Wanita

Assalamualaikum...

Anda baru berkahwin? Ingin menimang cahaya mata? Atau dah lama kahwin tapi belum diberikan rezeki anak? Atau dah kahwin, dah ada anak, tapi berhasrat ingin menambah cahaya mata?

Kenapa saya tanya soalan ini? Sebab saya sudah bersedia ingin menambah cahaya mata sekarang. heeee.
Anak sulung saya berumur 3 tahun 6 bulan, manakala yang kedua berumur setahun 2 bulan. Saya masih lagi menyusu badan kepada anak kedua. Jom, kita ingatkan kembali cara mengira waktu subur yang pernah belajar waktu tingkatan tiga dulu.

Opps, bagi yang sudah terlupa, kenapa pentingnya kita mengira waktu subur?
1) Bagi memudahkan mendapat cahaya mata
2) Bagi mengelak mendapatkan cahaya mata (perancang keluarga semulajadi)

Jom, kita mengira. 

Perkara pertama yang kita perlu ambil tahu adalah berapa harikah kitaran haid kita setiap bulan. Bagaimana ingin mengiranya? Tandakan pada kalendar, hari pertama haid pada bulan ini dan hari pertama haid pada bulan akan datang. Jadi, kita boleh kira berapa hari haid kita. Lebih bagus kalau dapat dicatitkan 3 atau 4 bulan, supaya kita boleh tahu adakah kitaran haid kita tetap, normal atau sebaliknya. Sebagai contoh, hari pertama haid saya pada bulan April ialah 24 April. Hari pertama haid saya pada bulan Mei pula adalah 25 Mei. Bulan April ada 30 hari, jadi kitaran haid saya adalah 31 hari. 

Mengira waktu subur
Kitaran Haid


Perkara kedua perlu kita tahu ialah hari subur kita. Hari subur atau ovulasi ialah 14 hari sebelum haid bulan berikutnya. Tak faham? Ambil contoh kitaran haid saya tadi. Kitaran haid saya adalah 31 hari. Jadi, 14 hari sebelum haid bulan Jun adalah hari subur saya. Bila tarikh hari subur saya? 31-14=17. 17 hari selepas 25 Mei adalah hari subur saya, iaitu 10 Jun. Waa, lagi berapa hari je lagi. Kena pastikan saya dan suami konsisten mengambil vitamin cinta ni. Kan nak jadi isteri seksi menawan, suami gagah perkasa agar mendapat zuriat yang sihat. hehehehhe. erk, faham tak contoh saya bagi? Kalau takfaham, bleh bertanya yer..


Hari Subur @ Ovulasi

Sekadar perkongsian, pada waktu subur, kebiasaannya suhu badan wanita akan tinggi sedikit daripada biasa. Saya pun belum pernah mengukur suhu badan saya, jadi tak dapatla nak buktikan di sini. Tapi, mungkin kita boleh cuba selepas ni. Kalau dalam kes saya di atasa, mungkin saya boleh cuba mengambil bacaan suhu badan setiap hari bermula 6 Jun?  

Sesetengah wanita juga mengalami keluarnya lendiran cecair yang jernih dari kemaluan pada waktu subur. Satu lagi cara untuk mengetahui waktu subur dengan lebih tepat (99.6%) ialah dengan menggunakan 'Ovulation Predictor Kit' (OPK). Alat ini boleh di beli di farmasi berdekatan anda. Saya ada contoh salah satu alat OPK. Saya akan kongsikan cara menggunakan alat ini pada masa akan datang. Tunggu, ye..


Kita sudah mengetahui cara pengiraan hari subur, tapi bilakah masa yang tepat untuk kita bersama suami? Sperma lelaki dapat hidup di dalam dalam anggaran 3-5 hari di dalam badan wanita. Manakala Ovum dari wanita pula hanya mampu bertahan selama 1-2 hari sahaja. Jadi suami isteri boleh berusaha 5 hari sebelum hingga 5 hari selepas hari subur. Sekiranya anda menggunakan OPK dan keputusannya adalah positif, kebiasaannya 12 hingga 36 jam berikutnya telur akan dikeluarkan dan tahap kesuburan berada tahap maksima.

Di harap artikel ini dapat membantu kita memahami kitaran haid dan waktu subur, seterusnya dapat membantu kita merancang cahaya mata. Tapi, harus diingat, pengiraan ini adalah usaha kita semata, tapi Allah yang menentukan rezeki kita, Dia Yang Maha Mengetahui segalanya. Banyakkan berdoa, semoga rezeki itu milik kita.



Anda juga mungkin boleh mencuba Set Kesuburan Suami Isteri. Hubungi untuk maklumat lanjut:







No comments:

Post a Comment