Penyakit Jantung Pembunuh Nombor 1

Assalamualaikum....

Saya rasa, kita semua sudah sedia maklum, sekarang penyakit jantung dilabelkan pembunuh nombor 1 rakyat di Malaysia. Saban tahun statistik penghidap jantung meningkat berikutan kurangnya penjagaan kesihatan seperti tidak mengamalkan senaman dan pengambilan makanan tidak sihat, merokok dan sebagainya. Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan, penyakit jantung penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008. Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita. 

Golongan wanita sebenarnya tidak terkecuali mendapat penyakit jantung, tetapi hanya lambat berbanding lelaki. Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki disebabkan wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur berupaya mengelakkan mereka diserang penyakit itu.


Jom, kita kenali punca penyakit jantung serta tanda-tanda serangan pembunuh nombor 1 ini.

Punca
* Usia - Risiko tinggi selepas menopaus
* Kolesterol berlebihan
* Tekanan darah tinggi
* Merokok
* Gaya hidup di bawah tekanan tinggi
* Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko sakit jantung
* Kurang bersenam
* Kencing manis atau diabetes
* Sejarah keluarga


Tanda serangan
* Sakit dada
* Sesak nafas
* Pening kepala
* Jantung berdebar


Faktor
1) Asap rokok

* Mempercepatkan pembekuan darah
* Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
* Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
* Tekanan
* Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan

2) Kandungan lemak tinggi
* Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging

3) Kurang bersenam
* Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung

4) Darah Tinggi
* Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung ‘terpaksa’ mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung

5) Kencing manis
* Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung


Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari

* Keturunan menghidap penyakit jantung
* Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan
* Merokok
* Gagal kawal tekanan darah
* Hidap penyakit kencing manis
* Tekanan
* Kurang bersenam

Kesihatan jantung juga boleh dipertingkatkan dengan pengambilan koenzim Q10 yang bertindak membantu meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Koenzim Q10 boleh didapati daripada pemakanan seimbang juga daripada supplemen COQ Health Plus Shaklee. Hubungi pengedar anda seperti tertera.

No comments:

Post a Comment