Cara mudah mengajar anak-anak melipat baju sendiri

Assalamualaikum....

Di hari minggu macam ni, apalagi tugas hakiki seorang wanita sudah menunggu. Memasak masakan yang sedap-sedap untuk keluarga, mengemas, membasuh dan melipat baju. Yang paling saya tak suka, mengemas dan melipat baju. Kalaulah ada mesin yang boleh membantu membuat kerja-kerja ini. Tapi, sekarang ada cara yang kita boleh gunakan agar anak-anak dapat membantu melipat baju mereka sendiri. Di samping boleh membantu meringankan tugasan para ibu, dapat juga mengajar anak-anak berdikari. Mereka juga mesti seronok melipat baju menggunakan cara ini. Jom, saksikan video ini, anda pun boleh melakukannya.


Saya pun dah lupa dari mana saya dapatkan video ini, Anak-anak suka sangat menontonnya dan selalu minta ayah mereka buatkan, namun belum kesampaian. Ini pula video makcik saya menggunakan cara yang sama mengajar anak bongsunya melipat sendiri bajunya.


Selepas ni, saya sendiri akan menggunakan cara ini untuk anak saya. Heee. Tapi, selepas anak-anak dah tolong tu, jangan lupa, hadiahkan mereka sesuatu sebagai tanda penghargaan. Boleh juga hadiahkan mereka Homemade Banana Choco Mealshakes macam saya buatkan ni. Oh, bulan Oktober 2014 ni, promosi Mealshakes dan ESP Shaklee, Jadi, bolehlah dapatkannya dari saya beserta resepi istimewa saya ini.





No comments:

Post a Comment