Hidangan sarapan / minum petang ringkas - Potato Fritters

Assalamualaikum..

Cuti hari minggu selalunya dinantikan, dapat bersama keluarga dan anak-anak setelah seminggu penat bekerja. Dapat bergurau senda, makan bersama. Tetapi, yang selalu menjadi kebimbangan para ibu ialah, tiada idea nak masak apa untuk dimakan bersama anak-anak. Jom, saya kongsikan resepi ringkas untk sarapan atau boleh juga dimakan waktu minum petang. Potato Fritters ni dah jadi viral di facebook sejak bulan lepas.




Bahan-bahan :

  1. 3 biji ubi kentang
  2. 1 batang lobak merah (pilihan)
  3. Sebiji telor
  4. 3 sudu makan tepung gandum
  5. 4 sudu makan tepung jagung
  6. sedikit daun bawang
  7. garam
  8. minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
  1. Sagat halus ubi kentang dan lobak merah
  2. Hiris daun bawang


       3.  Pecahkan telor, gaul semua bahan kecuali minyak.


      4. Panaskan minyak, sedia untuk digoreng. Sendukkan adunan, leperkan supaya cepat masak dan ranggup. Goreng sehingga kekuningan dan masak.


      5. Siap untuk dihidangkan, boleh dimakan bersama sos cili. Rasa macam cucur tapi penuh dengan ubi kentang yang ranggup. Macam Hash brown pun ada. Sedap, berselera anak-anak makan.


Selepas menggoreng tu, jangan lupa toskan dan guna kertas yang menyerap minyak, yer.. Menggoreng makanan berasaskan tepung boleh menyebabkan minyak diserap dengan banyak.

Phytocol Shaklee boleh membantu mengurangkan kadar penyerapan kolestrol ke dalam saluran darah. Hubngi no tertera untuk maklumat lanjut.


No comments:

Post a Comment