Kandungan Protein dalam ESP Shaklee

Tahukah anda apa itu protein?

Protein ialah bahan organik yang terdiri daripada 22 asid amino. Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigmen respiratori. Protein terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia, di kenali asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali asid amino perlu.

Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan. Protein di simpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk membina dan membaiki tisu sel badan manusia. Ia juga membantu perembesan hormon dan enzim. Antara fungsi protein yang lain ialah :

~ membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota badan
~ menyihatkan jantung supaya badan kekal aktif
~ meningkatkan sistem imunisasi badan.


Apakah kaitan protein ini dengan ESP Shaklee?


ESP Shaklee memiliki kualiti protein yang tertinggi yang pernah dihasilkan. ESP merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia iaitu asid amino perlu. ESP dihasilkan daripada kacang soya.


Apakah perbezaan kacang soya ESP dengan kacang soya lain?

Kacang soya yang digunakan ESP Shaklee hanya mengandungi ''non-GMO'' (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Pemprosesan ini mengekalkan protein yang terkandung dalam kacang soya tersebut.

Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang sya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh tertahan lama. ESP Shaklee juga turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Siapa yang boleh mengambil ESP Shaklee?

ESP Shaklee sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda.
ESP Shaklee juga sangat sesuai sebagai minuman harian pengidap kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39.

Apa itu Indeks Glisemik (G.I)?

Indeks Glisemik adalah kaedah untuk mengukur kadar pembebasan gula ke dalam salur darah bag makanan yang mengandungi karbohidrat. GI diukur menggunakan skala 0-100, dimana 100 menggambarkan makanan yang menyebabkan peningkatan gula yang tinggi dengan kadar paling cepat dalam darah. GI yang rendah seperti ESP ini akan membebaskan gula secara perlahan-lahan dan kandungan gula dalam darah akan lebih sekata atau tetap. Badan akan berfungsi dengan lebih baik apabila kandungan gula adalah sekata. Ini sangat diperlukan bagi pesakit kencing manis.


Apa lagi keistimewaan ESP Shaklee?

~ Dilengkapi dengan unsur kalsium bagi mengelak kerapuhan tulang.
~ Rendah lemak dan tana kolestrol
~ Diproses menggunakan air, bukannya alkohol bagi memelihara kandungan Isoflavone.
~ Kandungan Isoflavone membantu mengurangkan risiko kanser, bertindak sebagai antioksida, menguatkan sistem imum tubuh, mempertingkatkan tahap kolestrol baik, memelihara kesihatan jantung serta mencegah risiko osteoporosis.
~ membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
~ membantu menjadikan kulit lebih berseri dan anjal
~ merangsang re-generasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mempercepatkan pemulihan luka serta memudarkan parut


Sebarang pertanyaan atau pesanan produk Shaklee, hubungi:
Nama : Norzulsuriatey Yahaya
ID : 928560
Sms / W.app : 018-370 9137
Email : norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com.my
FB : norzulsuriatey.yahaya / CSC VitaHealth Cottage






No comments:

Post a Comment