Perlukah adanya SOHO bagi WAHM?

Assalamualaikum…


Kebelakangan ini, kita selalu mendengar atau mmembaca istilah glamour ini, SOHO, WAHM. Apakah SOHO dan WAHM ni? SOHO ialah singkatan kepada Small Office Home Office, manakala WAHM pula ialah Work At Home Mum. Kedua-dua istilah ini berkait rapat dan merujuk kepada bekerja dari rumah. 

Sekarang, sudah ramai para isteri dan ibu yang memilih untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak mereka. Ada di antara mereka yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi, Ijazah malahan Master. Tak kurang juga mereka yang sebelumnya memegang jawatan yang tinggi dan disegani, seperti CEO syarikat, Jurutera, Arkitek dan sebagainya. Mesti ramai yang tertanya-tanya, adakah mereka hanya berada dirumah, jaga anak-anak, masak dan kemas rumah sahaja? Bagaimana dengan pendapatan mereka yang dulunya empat, lima angka, tiba-tiba jadi 'zero'? 



Sebenarnya, di samping menjadi surirumah dan menjaga anak-anak, mereka juga bekerja. Tetapi, mereka bekerja dari rumah, menjana pendapatan secara 'online' atau 'offline'. Sebab itu mereka digelar Work At Home Mum. Malahan, ada di antara WAHM ini mampu memperolehi pendapatan sehingga enam angka setiap bulan, lebih tinggi daripada gaji mereka sebelum ini. Apakah yang mereka lakukan? Mereka hanya menjalankan urusan perniagaansecara online. Produk yang mereka tawarkan, tidak hanya tertumpu kepada produk fizikal seperti tudung, pakaian, dan kosmetik, tapi turut menawarkan produk / perkhidmatan seperti E-Book dan kelas secara online.

Macammana mereka bekerja di rumah sambil menjaga menguruskan anak-anak? Ianya terletak kepada kemahuan dan semangat juang anda. Sekiranya anda berkehendakkan sessuatu, pasti akan mencuba sedaya mungkin ntuk mendapatkannya, kan? 



Pentingkah SOHO bagi WAHM? Sebenarnya, SOHO sangat penting kepada semua yang ingin menambah pendapatan dengan bekerja dari rumah, terutama secara online. Dengan adanya SOHO bermakna kita bersedia untuk berniaga dari rumah, sebab kita sanggup sediakan satu tempat khas untuk urusan bisnes. SOHO adalah tempat untuk kita buat kerja dengan tenang, selesa, mencari idea, inspirasi, dan mencari pendapatan. Bergantung kepada keperluan dan kemampuan kita, perkara asas bagi sesebuah SOHO ialah meja, kerusi, laptop, rak buku dan sebagainya. Hiasilah SOHO mengikut citarasa kita agar dapat membangkitkan semangat untuk bekerja. 


SOHO milik Hadhatina MKB
Sumber Google
SOHO milik Najihah Razali 

Anda tidak perlu berhenti kerja dulu baru berjinak dalam perniagaan online, sebaliknya mulakan perniagaan online anda sewaktu masih bekerja, kerana waktu ini anda masih mempunyai pendapatan bulanan yang boleh dijadikan modal sampingan. 

Ingin menambah pendapatan anda sehingga empat, lima atau enam angka? Jom sertai kami, secara part time atau full time. Anda yang menentukan jalan anda, anda mampu mengubahnya. Sertai kami Menjana Pendapatan Lumayan.

No comments:

Post a Comment