Petua Merawat Tumit Kaki yang Pecah

Assalamuaikum...

Selamat Hari Raya AidilAdha. Kebiasaannya, sewaktu sambutan Aidiladha, kita akan buat kenduri atau hadiri kenduri jiran-jiran yang melaksanakan ibadat korban dan akikah, kan? Pernah tak ternampak sewaktu duduk-duduk tolong potong bawang dan daging tu, tumit kaki jiran-jiran dan tumit kaki kita sendiri? Heee, ni yang saya terperasan pada AidilAdha kali ni. Tumit kaki saya lagi teruk, buruk dari tumit makcik saya. Waaaaa, malu... Biasalah, sebagai wanita, tumit kaki pun wajib cantik, licin juga, kan?


Jom, kita berkongsi petua untuk rawat kulit kaki merekah ni :

1. Minyak Zaitun
Minyak zaitun, boleh melembapkan kulit kaki yang kering. Hanya sapu sedikit pada tumit dan pakai stokin supaya lebih mudah diserap. Jangan lupa untuk sapu sebelum tidor.

2. Pisang
Ambil kulit pisang yang masak, gosokkan di tumit anda. Biarkan seketika sebelum dibasuh. Boleh diulang setiap hari dan lihat hasilnya selepas seminggu.

3. Getah Betik Muda
Pernah tak anda makan betik muda sebagai ulam, atau buat kerabu betik yang dikenali sebagai somtam? Sebelum basuh betik tersebut, ambil dahulu getahnya dan sapu pada tumit kaki. Lakukan sekerap mungkin.

4. Belimbing Buluh
Guna belimbing buluh untuk di luhurkan ke tumit kaki sebelum diberus menggunakan berus lembut.

5. Pasu lama
Petua ni saya dapat dari arwah ayah. Ambil pasu yang lama atau yang rosak, seeloknya yang berbentuk mangkuk atau boleh menangkung air. Letakkan sedikit air, gosok / berus / kikir serpihan pasu ke pasu yang di letakkan air tadi seketika. Sapu dan gosokkan air pasu tersebut ke tumit kaki. Air tersebut agak kasar sebab sudah bercampur dengan serpihan pasu.

6. Daun sirih
Layur daun sirih di atas api, jangan sampai terbakar pula. Tampal daun sirih di tumit kaki sebelum tidor.

7. Minum Air Masak
Okey, yang ini kita merawat dari dalam. Tumit merekah dan kering adalah disebabkan kekurangan air. Jadi, atasinya dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Bagaimana mengetahui air yang kuantiti di perlukan oleh badan? Setiap 25kg berat badan memerlukan satu liter air.

8. Pakai selipar / alas yang betul
Kebiasaannya, tumit kaki kering dan merekah terjadi apabila kita tidak memakai alas sewaktu melakukan kerja-kerja di dapur yang basah, lembap dan bersimen. Alaslah kaki anda dan pakai kasut yang bersesuai ketika keluar.

9. Menggunakan Losyen
Sapu losyen setiap hari boleh mengelakkan kulit kering dan kaki merekah.


10. Soya
Tahukah anda soya mampu merawat kelembapan kulit dari dalam? Jom amalkan ESP Shaklee.
 

Selamat Mencuba



1 comment:

  1. Wah artikelnya keren..
    cuma lebih keren lagi klo di tambah gambar agar lebih menarik, ..Sambil baca artikel ini, mau tanya untuk tempat kaos kaki muslimah yang memilika banyak piliha model terbaru dimana ya....
    moga makin bagus lg artikelnya ...

    ReplyDelete