Homestay di Cameron Highland yang selesa dan murah

 Assalamualaikum...

Ada sesiapa merancang untuk bercuti ke Cameron Highland, tak? Cuti sekolah pun lagi sebulan je, kan? Boleh la bawa anak-anak dan keluarga anda bercuti. Bagi percutian keluarga, penginapan yang macam mana menjadi pilihan anda? Hotel yang berbintang-bintang atau homestay? Bagi saya yang mempunyai anak ramai ini, (tiga orang sudah dikira ramai, kan?) saya lebih suka menginap di homestay berbanding hotel. Tambahan lagi, kebiasaan bagi saya dan suami, kami gemar membawa ibubapa suami atau adik-adik saya bersama. Jadi, tentunya penginapan yang mesra poket dan boleh boleh memuatkan ramai ahli menjadi piihan saya. Percutian ke Cameron Highland pada Disember nanti, kami memilih unuk menginap di Homestay Puncak Arabela.



Ruang tamu yang luas
Master Bedroom 
Bilik Kedua 
Bilik ketiga - Tilam tambahan
Peralatan dapur
Homestay Puncak Arabelle ini terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. iaitu kira-kira 2 kilometer dari pusat bandar.

    ~ harga RM250 semalamam (hujung minggu n cuti sekolah), 

    ~ harga RM150 semalamam (hari bekerja)

    ~ 3 bilik tidur dan 2 bilik air

    ~ Sesuai untk keluarga (10 orang)

    ~ Ada tv dan astro full package

    ~ Peralatan asas yang lengkap untuk memasak

    ~ Mandian air panas (water heater)

    ~ Berhampiran Masjid Abu Bakar

    ~ Perjalanan ke Mardi (Taman Agroteknologi Mardi) lima minit sahaja

    ~ 5km / 8 minit ke Pasar Malam Brichang

    ~ Terdapat kedai runcit berdekatan

    ~ Tempat letak kereta yang luas

Sekiranya anda berminat untuk menginap di homestay ini, anda boleh hubungi terus pemiliknya, Cikgu Zul 014-903 2532 atau facebook Homestay Puncak Arabella.

Nak bercuti dan makan angin, pastikan anda sentiasa cergas dan bertenaga, barulah seronok jalan-jalan melawat tempat orang. Meh hubungi saya, saya akan bagi penerangan kepada anda.


2 comments:

  1. Puncak Arabella - Puncak Arabella

    http://goo.gl/maps/dYQi8

    ReplyDelete
  2. menarik nih. boleh la try dok sini plak. dah lama takgi cameron highland tu

    ReplyDelete