Apa itu Vitamin C

Apa itu Vitamin C? 

Ramai yang mengetahui, vitamin C kebiasaanya diambil oleh individu yang ingin kelihatan cantik, menarik dan mempunyai kulit yang gebu. Tapi, tahukah kita apa itu Vitamin C ini?

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.  Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine

Vitamin C merupakan vitamin larut air yang juga dikenali sebagai Ascorbic Acid. Ianya sangat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh di bina secara semulajadi oleh badan manusia, oleh itu perlu diambil secara oral atau suntikan. Vitamin C dari sumber semulajadi (dari makanan)  ataupun yang di sentesis (L-Ascorbic Acid) adalah sama secara kimianya dari segi fungsi didalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan.


Vitamin C penting untuk fungsi utama berikut:

a) Sebagai Anti oksidan yang penting
b) Pemulihan luka dan melecur
c) Pembinaan kolagen dalam badan
d) Membantu tumbesaran tisu tubuh badan
e) Membantu penghasilan hormon
f) Membantu penghasilan protin untuk sistem imuniti tubuh
g) Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk
h) Membantu mengurangkan kolestrol darah LDL dan menambah kolestrol HDL (baik).
i) Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolestrol pada dinding saluran darah)
j) Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab
k) Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah
l) Mencegah penyakit katarak mata
m) Membantu mengawal tekanan darah tinggi
n) membantu mengawal an mengurangkan selsema


Dos cadangan harian Vitamin C

1) Vitamin C 125mg hingga 500mg sehari - pil
2) Dos sehingga 2000mg adalah selamat, tetapi tidak dicadangkan untuk setiap hari.


Apakah perbezaan vitamin C lain dengan Vitamin C Shaklee?



~ Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam. 

Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam. Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.

Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel) 

Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan kedalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.



Untuk pertanyaan dan pesanan, hubungi :

Nama : Norzulsuriatey Yahaya
ID : 928560
Call/SMS/W.app : 018-370 9137
Email : norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com.my
FB : norzulsuriatey.yahaya / CSC VitaHealth Cottage

Konsultasi percuma disediakan...

Performance Drink Untuk Kecergasan

Performance Drink - Ia pertama kali dihasilkan oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale pada thun 1980-an bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). Melalui pemerkasaan produk ini, syarikat penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang palig jauh, iaitu sejauh 72batu. Dan rekod itu masih kekal hingga ke hari ini!. Performance drink juga merupakan minuman pertama bagi para atlet US. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara memilih performance drink sebagai minuman mereka. 
Performance Drink Shaklee juga direka khusus untuk para angkasawan NASA. Ia membantu angkasawan untuk lebih brtenaga semasa menjalankan kajian mereka di angkasa lepas. 
Performance Drink Shaklee terbukti hebat! Ujian klinikal membuktikan bahawa rumusan ekslusif  OptiCarb yang suah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali gandamemberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam badanBerbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Kenapa Performance Drink ini Sangat Unik?


Apakah kelebihan Performance Drink?

1. Meningkatkan daya ketahanan tubuh - memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot, dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
2. Membekal tenaga dan daya tahan fizikal - mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalamtubuh dan mengimbang metablisme air dalam tubuh.
3. Mencegah penyahhidratan - mengurangkan kehausan, melembapkan kulit, dan kelihatan muda.
4. Mengekalkan paras gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Siapa perlukan Performance Drink?
1. Para atlet
2. Mereka yang berpuasa / mengerjakan hajidan umrah
3. Sebelum dan selepas pembedahan
4. Mereka yang selalu tidur lewat malam / kerja shif
5. Selalu keletihan
6. Mengalami penyahhidratan otot dan kulit
7. Mempunyai masalah vagina yang kering
8. Cirit-birit
9. Tiada selera makan
10. Paras gula dalam darah rendah
11. dll

Sebarang pertanyaan dan pesanan? Hubungi
Nama : Norzulsuriatey Yahaya
SID : 928560
Sms/W.app : 018-3709137
Email : norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com.my
FB : norzulsuriatey.yahaya @ CSC VitaHealth Cottage

Kenapa Kalsium Penting untuk Tulang?

Bismillah...

Hujung bulan lepas (Mac 2014), anak sulung saya, Rayyan Hakimie mendapat MC seminggu, gara-gara kakinya dihempap sekotak tiles yang berukuran 2'x1'. Jangan tanya saya berapa beratnya, sebab saya memang tak larat nak angkat dan tidak akan angkat. Mulanya kami ingat, sakit sikit-sikit je, tapi melihatkan tangisannya yang agak panjang dan kakinya yang makin bengkak, kami bawa ke klinik.  

Tiada pengalaman dalam hal begini, suami hanya bawa Rayyan ke klinik biasa. Dua doktor yang merawat Rayyan, memberi cadangan agar membawa Rayyan ke klinik kesihatan berdekatan keesokan hari untuk X-Ray. Percayakan doktor, kami tunggu sehingga esoknya. Apabila melihat keadaan Klinik Kesihatan yang ramai orang, Rayyan mengamuk tidak mahu jumpa doktor. Jadi, suami bawa Rayyan ke klinik swasta, kali ini, klinik lain pula. Doktor agak marah, kerana membiarkan kaki Rayyan seharian tanpa dirawat. Doktor menyarankan agar kami membawa Rayyan ke PPUM untuk pemeriksaan lanjut, kerana dia bukan pakar dalam masalah tulang. 

Di PPUM, sekali lagi dimarahi doktor, kerana lambat mengambil tindakan. Sedih, sebab kami sebagai ibubapa tidak tahu apa kami perlu buat dalam situasi kecemasan. Kali ini, saya ikut ke PPUM apatah lagi dapat menumpangkan anak kecil di rumah jiran. Selepas di X-Ray, baru kami tahu, ibu jari kaki Rayyan retak dan sudak lari sedikit dari posisi asal. Tapi, menurut doktor, disebabkan tulangnya masih muda, tidak perlu di simen, cuma perlu ditampung agar pergerakan ibu jarinya dapat dikurangkan. Alhamdulillah, tiada perkara buruk berlaku, tapi sangat takut.



Di sini, saya kongsikan sedikit info mengenai tulang, dipetik dari laman 1KLIK.

''Tulang Merupakan Tisu Yang Hidup
Tulang merupakan struktur yang kompleks dan dibahagikan kepada dua kategori utama; kortikal dan trabekular. Kortikal atau tulang-tulang padat membentuk lapisan luar tulang dan membentuk sebahagian besar rangka manusia. Trabekular membentuk bahagian dalam tulang dan mempunyai struktur ala jaringan atau seperti struktur sarang lebah. Kedua-dua tulang kortikal dan trabekular ini mengandungi sel-sel hidup yang terkandung di dalam satu matriks organik yang terdiri daripada serat-serat protein.
Bahan mineral seperti kalsium dan fosforus diendap ke dalam matriks tulang. Selain itu, nutrien-nutrien lain juga penting bagi metabolisme tulang yang normal termasuklah vitamin D, vitamin K, magnesium dan zink. Bekalan nutrien-nutrien ini adalah bergantung kepada pengambilan diet harian kita. Oleh sebab tulang merupakan tisu yang hidup, maka khasiat pemakanan yang tepat adalah penting untuk tulang. Seperti hidupan lain, rangka manusia sentiasa diperbaharui dengan sendirinya, melalui kitaran penguraian dan pembentukan yang dikenali sebagai proses pembentukan semula tulang. Keberkesanan proses semula jadi ini adalah bergantung kepada pemakanan yang kita bekalkan kepada tubuh kita.
Proses Pembentukan Semula
Proses pembentukan semula adalah suatu fungsi biologikal asas yang direka bagi memastikan kemandirian tubuh kita. Pada satu masa tertentu, sel-sel yang terlibat dalam proses pembentukan semula tulang akan menguraikan dan membentuk tulang di berjuta lokasi yang merangkumi keseluruhan rangka dan juga matriks tulang. Sel-sel osteoblast dan osteoclast memainkan peranan utama di dalam proses ini. Sel osteoclast bertanggungjawab menguraikan struktur tulang dan melepaskan komponen tulang ini ke dalam aliran darah. Aktiviti penyerapan ini meninggalkan lekuk cekung halus di dalam tulang dikenali sebagai lekuk penguraian.
Lekuk-lekuk ini kemudiannya akan dilapisi oleh sel osteoblast, yang secara lazimnya membina semula tulang yang telah diuraikan. Sel osteoblast ini pada mulanya akan membentuk lapisan matriks protein dan ia kemudiannya akan menghasilkan bahan-bahan yang akan mengakibatkan pengendapan mineral-mineral tulang ke dalam matriks protein.
Proses Pembentukan Semula Tulang
Proses penguraian dan pembentukan inilah yang menyembuhkan bahagian permukaan tulang yang haus dan rosak serta mengekalkan kekuatan tulang dan pergerakannya setiap hari. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa kitaran pembentukan semula tulang ini dipenuhi dengan khasiat pemakanan yang optimum. Ini adalah satu langkah yang penting bagi memastikan bahawa seseorang itu berupaya menikmati kesihatan tulang yang baik dan gaya hidup yang aktif. Tanpa nutrien, vitamin dan mineral yang tepat sebagai blok-blok binaan, proses pembentukan semula ini akan terganggu dan mengakibatkan tulang-tulang menjadi lemah dan rapuh. Tiada siapa yang terkecuali daripada risiko tulang yang tidak sihat. Oleh itu, tulang kita perlu dijaga dengan baik sejak zaman kanak-kanak dan remaja.
Membekalkan Pemakanan Untuk Tulang Anda
Seseorang itu akan mengalami satu tahap pertumbuhan tulang yang pesat, di mana tulang-tulang akan menjadi lebih besar, berat dan padat. Apabila seseorang itu mencecah pertengahan usia 20-an, dia akan mencapai satu titik ketumpatan dan kekuatan maksimum tulang yang dipanggil `puncak jisim tulang'. Ketika zaman kanak-kanak dan remajalah keperluan bagi pemakanan tulang yang secukupnya adalah amat penting.
Kita perlu memastikan bahawa tubuh kita menerima bekalan vitamin, mineral dan nutrien yang optimum bagi melengkapkan proses pembentukan semula tulang untuk mendapatkan jisim tulang yang maksimum. Sebahagian daripada nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk tulang yang sihat adalah protein, magnesium, zink, fosforus dan vitamin C. Walau bagaimanapun, terdapat tiga nutrien yang memainkan peranan tersendiri dan juga berfungsi secara sinergi dalam mengoptimumkan kesihatan tulang.
Kalsium
Kalsium adalah salah satu mineral utama dalam pembentukan tulang yang diperlukan oleh tubuh dan kepentingan mineral ini merupakan asas yang telah lama bertapak dalam sains pemakanan untuk tulang. Penyelidikan telah membuktikan hubungan di antara pengambilan kalsium yang mencukupi dengan puncak jisim tulang yang optimum di awal kehidupan dan pencegahan kehilangan jisim tulang ketika usia tua.
Vitamin D
Vitamin D meningkatkan keberkesanan penyerapan kalsium, oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tahap kalsium yang optimum di dalam darah. Pengetahuan saintifik menyatakan bahawa kekurangan vitamin D adalah berkaitan dengan ketumpatan tulang yang rendah dan risiko keretakan tulang yang tinggi, terutamanya pada golongan tua.
Vitamin K
Vitamin ini telah lama dikenali melalui peranannya dalam proses pembekuan dan penggumpalan darah. Bagaimanapun, kebelakangan ini semakin banyak bukti menunjukkan bahawa vitamin K memainkan peranan dalam mengoptimumkan kesihatan tulang. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa vitamin K amat penting dalam salah satu proses utama dalam pembentukan tulang iaitu proses pengkarboksilan osteocalcin, protein yang ditemui dengan banyaknya di dalam tulang. 
Vitamin K berfungsi dengan meningkatkan jumlah osteocalcin yang aktif, yang dapat meningkatkan daya tarikannya terhadap kalsium. Ini akan mengekalkan dan mengikat nutrien-nutrien di dalam tulang.Kajian populasi telah melaporkan bahawa terdapat hubungan antara tahap pengambilan vitamin K yang rendah, dengan pengurangan ketumpatan jisim tulang dan peningkatan risiko keretakan tulang.Penemuan ini dikenal pasti pada kedua-dua jantina, lelaki dan wanita yang merangkumi pelbagai peringkat umur.''

Doktor menasihatkan agar memberi Rayyan susu lebih kerap, bagi mempercepatkan proses pemulihan kakinya. Rayyan baru berumur 3tahun. Jika lebih dari 12 tahun, pastinya saya bagi Rayyan mengambil tablet Ostematrix Shaklee yang kaya dengan kalsium serta mengandungi vitamin D, vitamin K, magnesium dan zink seperti yang disarankan.

Sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi:
Nama : Norzulsuriatey Yahaya
SID : 928560
Sms/W.app : 018-3709137
Email : norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com.my
FB : norzulsuriatey.yahaya @ CSC VitaHealth Cottage







Promosi April 2014


Dengan setiap pembelian 6 botol OsteMatrix, anda akan dapat percuma satu botol. So,jimat rm61...

Kenapa Ostematrix ni sangat penting dan amat digalakkan mengambilnya setiap hari?

OsteMatrix Shaklee mengandungi:
1) Kalsium daripada sumber semulajadi yang mudah diserap oleh tubuh
2) Magnesium yang akan membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
3) Vitamin D yang bertindak merangsangkan penyerapan kalsium dalam tubuh
4) Boron yang membantu dalam metabolisma tulang
5) Manganese, kopper dan zink yang mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Siapakah perlu mengambil OsteMatrix?

1) Wanita mengandung
2) Wanita menyusu / berpantang
3) Wanita yang menghadapi masalah 'period pain'
4) Individu yang sentiasa 'stress', tertekan.
5) Individu yang selalu mengalami kebas-kebas tangan / kaki
6) Individu yang selalu mengalami kekejangan otot
7) Individu yang mengalami sakit belakang
8) Individu yang menghadapi masalah sembelit
9) Semua individu yang tidak mahu menghadapi masalah osteoporosis di masa depan



Sebarang pertanyaan dan pesanan, serta dapatkan konsultasi percuma, hubungi:
Nama: Norzulsuriatey Yahaya
ID: 928560
Sms / W. Apps: 018-370 9137
Email: norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com.my
FB: norzulsuriatey.yahaya / CSC VitaHealth Cottage