Nak makan di mana? Tempat makan sedap

Assalamualaikum...

Cuti hujung minggu, apakah aktiviti anda semua? Lepak di rumah dengan anak-anak, lepak kat kedai mamak dengan kawan, atau bawa keluarga keluar? Kebetulan minggu ni, rasanya semua dah dapat gaji, kan? Ada tak yang nak ke Ikea, untuk shopping perabot rumah atau bawa anak ke Kidzania? Atau jalan-jalan di The Curve, IPC dan tengok wayang di E-Curve? Sekiranya anda ke Mutiara Damansara, mana nak makan? Restoran segera atau foodcourt?

Jom saya kongsikan salahsatu restoran di The Curve, iaitu BUMBU DESA, Restoran ni menghidangkan masakan dari Sunda & Padang. Sesekali nak juga cuba masakan luar negara pulak, kan? Nak makan apa, boleh order dari menu, atau nak lagi nampak jelas, boleh pilih sendiri lauk anda dari meja hidangan dia. Macam-macam lauk ooo, Biar gambar berbicara.



Tengok la cara susunan ikan talapia goreng tu. Ikan ni memang menjadi pilihan saya tiap kali datang sini. 



 
Tension tak tengok lauk yang pelbagai ni? Datang dan rasai sendiri. 


Kalau anda stress tengok lauk yang pelbagai jenis dan tak tahu buat pilihan, jom kita ke satu lagi kedai makan yang bagi saya sangat sedap. Kat tempat ni, anda memang tiada pilihan, terpaksa makan lauk yang sama untuk semua. Dari The Curve, anda terpaksa memandu lebih kurang 5 minit untuk ke kedai ini yang terletak berhadapan dengan surau Mutiara Damansara.


Dengan konsep layan diri, anda hanya perlu beratur dapatkan nasi kukus anda di kaunter pertama, dapatkan minuman di kaunter no 2 dan bayar. 


Apa yang menarik di sini, tiada pinggan di gunakan. Nasi di bungkus menggunakan daun psang dan kertas pembungkus, Nasi yang di kukus bertingkat-tingkat, di makan bersama 3 jenis kuah yang mana rempahnya memang di datangkan dari Kelantan dan ayam goreng berempah istimewa. Juga terdapat ikan bilis goreng rangup, sayur nenas dan sambal belacan yang marvelous.



Anda juga boleh 'add on' keropok ikan dan sos pencicah yang pedas-pedas manis untuk bersama nasi kukus anda.


Okey, saya rasa saya harus bersiap ke Mutiara Damansara sekarang. Sambil menaip, sambil rindukan keenakan nasi kukus ni. Untuk lokasi dan pertanyaan, anda boleh hubungi Nasi Kukus Ilham sendiri.

Lepas makan makanan sedap ni, jangan lupa BAKAR balik lelemak tu yer. Kalau hari bekerja, saya boleh COD terus set ni kepada anda, tapi kene bagi tahu sehari sebelum penghantaran.






1 comment: