Cara menguruskan uri @ tembuni bayi

Assalamualaikum...

Semalam, kami mendapat berita gembira iaitu kelahiran seorang lagi bayi lelaki dalam keluarga Pak Man Posmen. Adik perempuan suami saya ini selamat melahirkan bayi sulongnya di Hospital Serdang pada jam 8.15 pagi 28.09.14 seberat  2.10kg dua minggu awal dari tarikh jangkaan. Alhamdulillah. Sebagai ibubapa baru, persoalan yang bermain di fikiran mereka semalam ialah bagaimana CARA MENGURUSKAN URI @ TEMBUNI BAYI sulong mereka ini.

Kebetulan suami saya berada berdekatan ketika itu, jadi suami lah yang menerangkan CARA MENGURUSKAN URI @ TEMBUNI BAYI kepada adik iparnya. Bagaimana suami saya tahu? Dia sudah mempunyai 2 orang anak dan URI anak keduanya diuruskan oleh suami sendiri. Jom saya kongsikan cara menguruskannya secara ringkas.


Bahan / peralatan yang diperlukan :

1. URI @ TEMBUNI bayi anda (di Malaysia, pihak hospital akan menyerahkan uri @ tembuni bayi bagi bangsa Melayu @ beragama Islam untuk di uruskan mengikut Islam)



2. Asam (boleh guna limau nipis, asam keping atau asam jawa)



3. Kain putih (boleh guna kain lampin bayi anda)

4. Cangkul (boleh guna sudip tangan atau skop yang digunakan untuk tanam bunga)



Cara-cara uruskan uri

1. Mulakan dengan BISMILLAH, basuh URI @ TEMBUNI dengan air sehingga bersih. Jangan gunakan sabun atau syampu.

2. Lumurkan uri dengan garam dan basuh. Gunakan asam bagi menyahbau hanyir darah pada uri. Lalukan uri di bawah air mengalir / paip.

3. Balut uri menggunakan kain putih / kain lampin bayi.

4. Masukkan ke dalam plastik / guni yang mudah reput.

5. Gali tanah sedalam lebih kurang 1 kaki dalam. Anda boleh menanam uri ini di kawasan rumah anda (sekiranya mempunyai kawasan lapang) atau menanamnya di kawasan masjid seperti yang dilakukan oleh suami saya. Pastikan kawasan yang ditanam ini bukan menjadi tumpuan binatang seperti anjing, kerana dikhuatiri akan diselongkar.



Kenapa kita perlu menguruskan uri / tembuni bayi ini? Uri merupakan sebahagian daripada bayi semasa alam kandungan, yang menjaga dan melindungi bayi. Jadi, uruskanlah sebaik mungkin. Sekiranya anda tiada kelengkapan untuk menguruskan uri, anda boleh dapatkannya di Double R Collection.

Oh, jangan lupa dapatkan Set Berpantang untuk kegunaan ibu-ibu juga ya.. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.





 

1 comment: