Alahan Terhadap Makanan

Apakah yang dimaksudkan dengan alahan makanan?

Alahan makanan adalah kesan tindak balas yang dilakukan oleh sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makananyang dianggap berbahaya kepada badan

Apakah jenis makanan yang biasa menyebabkan alahan?

  • Susu lembu
  • Telor
  • Kekacang (contoh kacang tanah, kacang hazel)
  • Makanan laut (contoh udang, ketam, kerang)
  • Gandum
  • Bahan pewarna atau perisa (contoh sos tiram)
Apakah tanda-tanda alahan?


Gejala / tanda alahan dapat dikesan seawal beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Kadang-kala tanda alahan boleh dikesan selepas beberapa jam makanan dimakan.

Antara contoh gejala / tanda alahan ialah :

  • 'Angioedema' (bengkak pada muka, bibir, lidah, di sekitar mata)
  • Kesukaran bernafas dan berdehit
  • Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria)
  • Rasa loya, muntah dan cirit-birit
  • Perut yang sakit dan memulas
  • 'Colic' (sakit perut) di kalangan bayi
  • Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan



Apakah kesan dari alahan makanan ini?

Gejala atau sakit sakit yang serius seperti anafilaksis boleh berlaku iaitu saluran pernafasan tersekat dan sistem jantung tidak berfungsi. Ini boleh membawa maut.


Mengelak dari mengambil makanan yang mengalami alahan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan tertentu sekiranya makanan tambahan tidak diambil. Contohnyaa kekurangan kalsium boleh berlaku jika semua produk tenusu dikeluarkan daripada menu kanak-kanak yang alah kepada susu lembu.

Mengelak daripada pelbagai jenis makanan juga boleh menyebabkan pertumbuhan tumbesaran terutamanya kanak-kanak terbantut.

Bagaimana mengenalpasti alahan terhaap makanan?

Adalah lebih baik berjumpa doktor untuk mengenalpasti alahan makanan. Jangan sesekali membuat ujian sendiri untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan boleh mencetuskan alahan atau tidak. Sesetengah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi (lgE) atau ujian suntikan kulit (skin prick test) boleh dilakukan oleh doktor untuk membantu mengesan alahan tertentu. 

Apakah langkah berkesan untuk merawat alahan makanan?

Bagi alahan yang telah dikenal pasti, elakkan dari pengambil makanan yang menyebabkan alahan. Dapatkan nasihat Pegawai Dietetik jika perlu untuk mengelakkan kekurangan zat makanan.

Rawatan untuk tindak balas yang teruk kesan daripada pendedahan secara tidak sengaja kepada mangsa termasuklah :

  • menyuntik adrenalin/epinepherin menggunakan jarum atau pen khusus yang disediakan 
  • dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera
  • kebiasaannya ubat-ubatan seperti antihistamin, bronchodilator (ubat membuka saluran pernafasan) dan steroid, alatan pembuka saluran pernafasan (insertion of airway) juga cecair intravena diperluan dalam rawatan alahan.
Bolehkah alahan dicegah?

Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko alahan makanan di kalangan bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah positif alahan makanan dalam keluarga.

Beri peringatan kepada kanak-kanak yang bersekollah mengenai masalah alahan mereka serta maklumkan kepada pihak sekolah. Perancangan khusus perlu disediakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Peringatan

  • Berhati-hati dengan bahan-bahan yang tersembunyi dalam produk makanan yang mungkin tidak dinyatakan pada label makanan.
  • Tindak balas silang terhadap makanan boleh berlaku seperti alahan terhadap udang karang dan ketam
::: Sumber : KKM



Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee, hubungi :
Nama : Norzulsuriatey Bt Yahaya
ID : 928560
SMS/W.app : 018-370 9137
Email : norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com.my
FB : norzulsuriatey.yahaya / CSC VitaHealth Cottage

No comments:

Post a Comment