Cegah Kanser Payudara

Mencegah Kanser Payudara dengan Hanya Berjalan 1 Jam Sehari..

Bismillah....

Mesti kita semua tertanya-tanya, betul atau mitos ni? Dengan hanya berjalan, kita mampu mencegah kanser payudara, pembunuh wanita yang kedua tertinggi dicatatkan.

Kajian didedahkan American Cancer Society (ACS) yang melibatkan wanita selepas monopaus. Berjalan kaki sehari mengurangkan risiko serangan kanser sehingga 14 peratus.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal Cancer Epidemiology, Biomarkers, and Prevebtion ini, pengkaji menggunakan data 74 ribu wanita berusia di antara 50 dan 74 tahun. Kajian dimulai pada 1992 dengan menanyakan tahap kesihatan, rawatan perubatan dan pola latihan fizikal mereka.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat menyarankan untuk golongan dewasa dan berusia agar bersenam sekitar 2.5jam setiap minggu untuk kekal sihat. Manakala Dr. Steven Chen dari City of Hope, California pula mencadangkan untuk mencapai satu jam berjalan kai dalam sehari, anda boleh melakukannya dengan berjalan kaki 10 minit untuk ke kedai makan, 10 minit sewaktu membeli barang atau 10-15 minit tatkala bekerja.
* di petik dari Majalah i-Sihat keluaran Februari 2014

Kesimpulan yang dapat dibuat dari artikel ini ialah, berjalan 2.5 jam seminggu atau 1 jam sehari mampu mengurangkan 14 peratus risiko untuk mendapat kanser payudara.




Adakah anda perasan, sekiranya kita keluar membeli barangan keperluan harian di pasaraya, kita sekurang-kurangnya akan menghabiskan masa 1jam berada di pasaraya berkenaan. Jadi, kita boleh mengambil peluang sihat ketika membeli-belah. 

Kesempatan cuti hari minggu biasanya di isi bersama keluarga dan anak-anak. Apa kata anda sekiranya kita manfaatkan hari minggu bersama anak-anak secara sihat. Menemani anak bermain di taman permainan atau padang, boleh dimanfaatkan dengan berjalan mengelilingi taman sambil memerhatikan anak bermain. Pertama kali saya membawa anak ke padang di Dataran Shah Alam. Anak sulung ketika itu berumur dalam lingkungan 2 tahun. Bagi mengelakkan anak dari hilang dari pandangan, saya terpaksa mengikut anak meyepak bola mengelilingi padang berkenaan yang luasnya menyerupai luas padang bola sebanyak 3 pusingan.Bayangkan berapa banyak kalori saya mampu bakar hanya dengan menemani anak bermain sahaja. Hmmm, nampaknya, aktiviti ini harus dilakukan setiap minggu.

Antara manfaat lain yang dapat diperolehi dengan berjalan kaki ialah mendapat tubuh yang lebih sihat serta lebih mudah munurunkan berat  badan serta membakar kalori. Berjalan kaki juga mampu membantu mencegah strok di samping mencegah penyusutan otak.

Jom, amalkan cara hidup sihat!!!!


Untuk pertanyaan dan pesanan produk kesihatan Shaklee, hubungi :
Nama : Norzulsuriatey Bt Yahaya
ID : 928560
Sms/W.app : 018-370 9137
Email : norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com.my
FB : norzulsuriatey.yahaya / CSC VitaHealth Cottage

No comments:

Post a Comment