Assalamualaikum...


Hari ni saya nak kongsi apa itu Lecithin. Lecithin ni biasa glamour bagi mereka yang ingin kurus dan mengamalkan set slimming. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.. 

Lecithin boleh didapati di dalam makanan termasuk kacang soya dan kuning telur. Lecithin digunakan sebagai ubat dan juga dalam penghasilan ubat itu sendiri. Sesetengah orang menggunakan lecithin sebagai pelembap yang disapu pada kulit.

Lecithin merupakan asas dalam pembinaan sel yang menghalang pengerasan membran sel. Sel yang sihat membentuk tubuh badan yang sihat dan kuat. Membran sel merupakan bahagian kritikal dalam memastikan input dan output nutrisi dalam sel-sel kita. 

Memelihara sel adalah sangat penting untuk mengekalkan tahap ketahanan tubuh menentang penyakit yang dapat merosakkan sel. Phospholipids seperti lecithin dihasilkan dalam jumlah tertentu oleh organ-organ utama tubuh kita seperti hati, buah pingggang dan jantung. Ia juga boleh diambil daripada sumber luar.

Soy lecithin merupakan satu formula yang popular sebagai supplement bagi mengurangkan tahap kolestrol jahat dan triglycerides. Tambahan pula, soy lecithin meningkatkan tahap HDL yang lebih dikenali sebagai kolestrol baik. Ia juga dapat memberi manfaat kepada pesakit yang sedang dirawat akibat tahap kolestrol yang tinggi. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. 

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Cuma perlu diambil selepas makan, especially makanan berat yang mungkin mengandungi lemak atau berminyak kerana minyak yang diambil akan membantu penyerapan vitamin ini sebab tu ia dipanggil vitamin larut lemak.

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’ dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..haa..istimewanya lecithin ni,kan..

Jom kita tengok apakah fungsi Lecithin ini.
Faedah Pengambilan Lecithin

Jadi, jangan ingat hanya mereka yang ingin menguruskan badan sahaja boleh mengambil lecithin ini. Golongan di bawah ini juga memerlukan produk lecithin Shaklee ini:

1) Ibu menyusu - mengurangkan bengkak susu serta mengembalikan bentuk badan dan berat yang diinginkan.

2) Pesakt diabetes, buah pinggang, dan stroke

3) Mereka yang mempunyai kadar kandungan kolestrol yang tinggi

4) Mereka yang mengalami inflamasi seperti gout.
5) Mereka yang sukar tidor atau insomnia

Ingn mendapatkan Lecithin anda? Hubungi no di bawah:





1 comment:

  1. Lecithin ni terbukti berkesan! Jangan tunggu lagi kalau anda nak kurus

    ReplyDelete