Testimoni Performance Drink Shaklee

Assalamualaikum...

Hari ni, saya nak kongsikan testimoni setelah mengamalkan Performance Drink Shaklee. Ini testimoni dari suami saya sendiri, yang baru mula mengambil Performance Drink ni bulan lepas. Bagimana punca suami boleh terjebak? 

Suami saya ada gang bermain futsalnya sendiri. Kebiasaan mereka akan bermain setiap hari Rabu, selepas waktu bekerja dan kadangkala waktu malam, pukul 9 atau 10. Bayangkan, setelah seharian kepenatan bekerja, malam kerahkan tenaga mengejar bola pula. Saya pernah menemani beliau bermain suatu ketika dulu, sewaktu belum mempunyai anak kecil. Tidak tahu apa patut dilakukan, nak gelakkan depan beliau atau sembunyi-sembunyi. Masakan tidak, baru bermain 5 minit, dah berhenti, minta ditukar pengganti. Bila ditanya, jawabnya pancit, penat kejar bola. hehhehehe. Air minuman pula, sudah tersedia air mineral dan air isotonik (100 plus). Minum yang lebih, mainnya semput.

Sekarang, selepas 4 tahun berkahwin, suami masih lagi bermain futsal, tapi tidak sekerap dulu lagi. Mungkin 2 kali sebulan. Tapi, setiap kali pulang dari bermain futsal, memang nampak suami kepenatan dan tidak bersemangat. Malah, anak-anak yang menunggu kepulangan abah mereka dari siang pun tidak dilayan dengan sepatutnya. Alasannya adalah penat. Bertambah kesedihan anak-anak apabila abah mereka hanya bawa pulang air 100 Plus. Tapi, anak-anak memang tidak diajar meminum air berkarbonat.

Di sebabkan keadaan inilah, saya mencari alternatif lain, dan kebetulan, seorang 'side line' Shaklee saya ada berkongsi kebaikan Performance Drink ini bagi dirinya yang aktif dalam sukan berbasikal. Heheheeh, sebelum ni, saya hanya menggunakan dan mendalami kepentingan Set Penyusuan Shaklee, Set Kurus, Set Kesuburan, Set Kanak-kanak dan Set Warga Emas je. Belum habis 'study' daaa.

Pada kali pertama saya bekalkan suami dengan Performance Drink yang dibancuh sejuk sebelum ke padang futsal, saya hanya mendapat jawapan 'boleh lah, okeylah'. Hish, suami aku ni, minum ke tidak? Bila ditanya apa rasanya? Beliau cakap, rasa sedap, lebih kurang dengan air 100 Plus, tapi tidak bergas, dan tidak manis. Lagi sedap sebab ada perasa oren. Okey, jawapan yang ni lagi merangsangkan. Selepas beberapa kali dibekalkan Performance Drink, saya perasan suami tidak lagi pulang rumah dalam keadaan letih, lesu. Walau tebayang kepenatan di wajahnya, tapi suami masih lagi boleh melayan anak-anak yang pelbagai ragam dan kerenah. Alhamdulillah, menjadi la tu. Tapi, malas dah saya nak tanya, biar suami bercerita sendiri.

Sekarang, suami juga turut pergi ke Gymnasium yang disediakan oleh pihak UITM selepas waktu bekerja, dua kali seminggu. Sekarang, beliau dah bawa tong Performance Drink ke pejabat, senang nak bancuh sebelum ke Gym katanya. Hmmm, best sangat ke Performance Drink ni? Okey, akhirnya terkeluar juga dari mulut emas suami, katanya rakan-rakan futsal dah mula memarahi beliau sebab sekarang beliau asyik bertahan lama di padang, penat rakan-rakan menunggu untuk pertukaran. Dekat Gym pun dia mampu tersenyum lebar. Masakan tidak, selepas 'workout' bersama instructor, beliau boleh menggunakan alatan di gym pula, berbanding rakan-rakan yang sudah kepenatan. Terima kasih Performance Drink yang memberikan tenaga kepada suami saya. Tenaga lain pun bertambah hebat juga.







Ingin mengetahui lebih lanjut? Hubungi:




   

No comments:

Post a Comment