Susu Ibu atau Susu Formula?

Asalamualaikum...

Masih cerita mengenai kunjungan saya ke hospital melawat ibu dan bayi baru dilahirkan. Ketika di wad, saya terdengar perbualan seorang ibu muda bersama suaminya. Suaminya menyuruh ibu tersebut memberi bayi mereka susu formula apabila si isteri mengadu susu badannya belum keluar. Namun, cadangan itu di tolak oleh si ibu. Good Job!!


Allah berfirman yang bermaksud: “Dan ibu-ibu menyusukan anak-anaknya dua tahun genap, bagi orang yang hendak menyempurnakan susuan. Kewajipan ke atas bapa memberi belanja ibu, anaknya itu dan pakaiannya secara makruf, tidaklah diberati seseorang melainkan sekadar tenaganya. Tidak mudarat ibu kerana anaknya dan tidak pula (mudarat) bapa kerana anaknya; dan terhadap waris pun demikian juga. Jika kedua-dua ibu bapa hendak menceraikan anaknya daripada menyusu (sebelum dua tahun), dengan kesukaan dan mesyuarat antara keduanya, maka tidaklah berdosa keduanya. Jika kamu mengkehendaki perempuan lain menyusukan anakmu, maka tidak berdosa kamu apabila kamu berikan upahnya secara makruf. Dan takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 233)   


Tahukah anda penyusuan susu ibu merupakan salah satu komponen utama dalam pendidikan awal seorang anak. Peranan mendidik anak melalui penyusuan ini, hanyalah dianugerahkan kepada kaum wanita sahaja. Allah swt telah memilih kaum wanita kerana sifat keibuan yang kuat dalam diri mereka. Setiap bayi yang baru lahir, dikurniakan naluri untuk menyusu pada payudara ibunya. Penyusuan susu ibu mampu melengkapi segala keperluan rohani dan jasmani yang diperlukan oleh seseorang bayi.




Ya Allah, hebatnya ciptaanMu. Hanya melalui susu ibu, bayi mendapat semua kelebihan ini tanpa perlu pengambilan makanan minuman lain. Kajian pakar pemakanan juga mendapati susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral. Susu ibu juga mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi.


Melalui penyusuan susu ibu juga, ibu turut mendapat banyak kebaikan seperti:

1. Mengurangkan pendarahan selepas bersalin

2. Mempercepatkan pengecutan rahim 

3. Bertindak sebagai perancang keluarga semulajadi

4. Membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

5. Mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal  dan mengurangkan berat badan tanpa perlu berlapar.




Bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka namun menghadapi masalah susu ibu kurang, boleh mencuba SET PENYUSUAN SHAKLEE. Selamat, Berkesan, Semulajadi. Jangan jadikan alasan susu kurang untuk anda bertukar kepada susu formula. Kenali diri anda, dan hargai kesihatan anak anda.

Bagi ibu-ibu yang menggunakan susu formula, sila baca dan fahamkan label susu formula terlebih dahulu sebelum memberi anak anda susu. Ini kerana, kebanyakan susu formula mengandungi kandungan gula yang tinggi, yang tidak bagus untuk anak anda. Ketahui istilah-istilah yang digunakan untuk menggantikan gula seperti Corn Syrup Solid, Sucrose, dan Glucose Syrup Solid. Saya tidak menggalakkan susu formula untuk bayi baru lahir sehingga 2 tahun. Susu formula boleh di perkenalkan kepada anak selepas berumur 2 tahun. Bagi anda yang ingin membeli susu formula, sila semak kandungan gula di web ini.  www.semakgula.com.my


Semoga laman web ini akan membuka mata anda mengenai kandungan gula tersembunyi dalam susu formula di pasarann dan mengembalikan anda ke arah PENYUSUAN SUSU IBU demi kesihatan bayi kita. 






Cara menguruskan uri @ tembuni bayi

Assalamualaikum...

Semalam, kami mendapat berita gembira iaitu kelahiran seorang lagi bayi lelaki dalam keluarga Pak Man Posmen. Adik perempuan suami saya ini selamat melahirkan bayi sulongnya di Hospital Serdang pada jam 8.15 pagi 28.09.14 seberat  2.10kg dua minggu awal dari tarikh jangkaan. Alhamdulillah. Sebagai ibubapa baru, persoalan yang bermain di fikiran mereka semalam ialah bagaimana CARA MENGURUSKAN URI @ TEMBUNI BAYI sulong mereka ini.

Kebetulan suami saya berada berdekatan ketika itu, jadi suami lah yang menerangkan CARA MENGURUSKAN URI @ TEMBUNI BAYI kepada adik iparnya. Bagaimana suami saya tahu? Dia sudah mempunyai 2 orang anak dan URI anak keduanya diuruskan oleh suami sendiri. Jom saya kongsikan cara menguruskannya secara ringkas.


Bahan / peralatan yang diperlukan :

1. URI @ TEMBUNI bayi anda (di Malaysia, pihak hospital akan menyerahkan uri @ tembuni bayi bagi bangsa Melayu @ beragama Islam untuk di uruskan mengikut Islam)



2. Asam (boleh guna limau nipis, asam keping atau asam jawa)



3. Kain putih (boleh guna kain lampin bayi anda)

4. Cangkul (boleh guna sudip tangan atau skop yang digunakan untuk tanam bunga)



Cara-cara uruskan uri

1. Mulakan dengan BISMILLAH, basuh URI @ TEMBUNI dengan air sehingga bersih. Jangan gunakan sabun atau syampu.

2. Lumurkan uri dengan garam dan basuh. Gunakan asam bagi menyahbau hanyir darah pada uri. Lalukan uri di bawah air mengalir / paip.

3. Balut uri menggunakan kain putih / kain lampin bayi.

4. Masukkan ke dalam plastik / guni yang mudah reput.

5. Gali tanah sedalam lebih kurang 1 kaki dalam. Anda boleh menanam uri ini di kawasan rumah anda (sekiranya mempunyai kawasan lapang) atau menanamnya di kawasan masjid seperti yang dilakukan oleh suami saya. Pastikan kawasan yang ditanam ini bukan menjadi tumpuan binatang seperti anjing, kerana dikhuatiri akan diselongkar.



Kenapa kita perlu menguruskan uri / tembuni bayi ini? Uri merupakan sebahagian daripada bayi semasa alam kandungan, yang menjaga dan melindungi bayi. Jadi, uruskanlah sebaik mungkin. Sekiranya anda tiada kelengkapan untuk menguruskan uri, anda boleh dapatkannya di Double R Collection.

Oh, jangan lupa dapatkan Set Berpantang untuk kegunaan ibu-ibu juga ya.. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.





 

Nak makan di mana? Tempat makan sedap

Assalamualaikum...

Cuti hujung minggu, apakah aktiviti anda semua? Lepak di rumah dengan anak-anak, lepak kat kedai mamak dengan kawan, atau bawa keluarga keluar? Kebetulan minggu ni, rasanya semua dah dapat gaji, kan? Ada tak yang nak ke Ikea, untuk shopping perabot rumah atau bawa anak ke Kidzania? Atau jalan-jalan di The Curve, IPC dan tengok wayang di E-Curve? Sekiranya anda ke Mutiara Damansara, mana nak makan? Restoran segera atau foodcourt?

Jom saya kongsikan salahsatu restoran di The Curve, iaitu BUMBU DESA, Restoran ni menghidangkan masakan dari Sunda & Padang. Sesekali nak juga cuba masakan luar negara pulak, kan? Nak makan apa, boleh order dari menu, atau nak lagi nampak jelas, boleh pilih sendiri lauk anda dari meja hidangan dia. Macam-macam lauk ooo, Biar gambar berbicara.



Tengok la cara susunan ikan talapia goreng tu. Ikan ni memang menjadi pilihan saya tiap kali datang sini. 



 
Tension tak tengok lauk yang pelbagai ni? Datang dan rasai sendiri. 


Kalau anda stress tengok lauk yang pelbagai jenis dan tak tahu buat pilihan, jom kita ke satu lagi kedai makan yang bagi saya sangat sedap. Kat tempat ni, anda memang tiada pilihan, terpaksa makan lauk yang sama untuk semua. Dari The Curve, anda terpaksa memandu lebih kurang 5 minit untuk ke kedai ini yang terletak berhadapan dengan surau Mutiara Damansara.


Dengan konsep layan diri, anda hanya perlu beratur dapatkan nasi kukus anda di kaunter pertama, dapatkan minuman di kaunter no 2 dan bayar. 


Apa yang menarik di sini, tiada pinggan di gunakan. Nasi di bungkus menggunakan daun psang dan kertas pembungkus, Nasi yang di kukus bertingkat-tingkat, di makan bersama 3 jenis kuah yang mana rempahnya memang di datangkan dari Kelantan dan ayam goreng berempah istimewa. Juga terdapat ikan bilis goreng rangup, sayur nenas dan sambal belacan yang marvelous.



Anda juga boleh 'add on' keropok ikan dan sos pencicah yang pedas-pedas manis untuk bersama nasi kukus anda.


Okey, saya rasa saya harus bersiap ke Mutiara Damansara sekarang. Sambil menaip, sambil rindukan keenakan nasi kukus ni. Untuk lokasi dan pertanyaan, anda boleh hubungi Nasi Kukus Ilham sendiri.

Lepas makan makanan sedap ni, jangan lupa BAKAR balik lelemak tu yer. Kalau hari bekerja, saya boleh COD terus set ni kepada anda, tapi kene bagi tahu sehari sebelum penghantaran.






Style Tudung Saya

Assalamualaikum...

Salam Jumaat  untuk semua.. Hari ni, saya rasa saya SANGAT CANTIK dengan style tudung saya yang sebenarnya dah lama menyepi ni. heeee.. Oh, hari Jumaat, saya akan pakai SANGAT CANTIK dari hari lain ke ofis, ambil berkat Hari Jumaat, penghulu segala hari..




Pakai simple macam tu je, tapi perasan SANGAT CANTIK, memang tak boleh blah.. Saya ni memang peminat TUDUNG BAWAL. Ya, saya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang sangat glamour dengan TUDUNG BAWAL. Meh saya cerita sedikit pasal tudung bawal ni. Kat Kelantan, tudung bawal di bezakan dengan bawal no 1, dan bawal no 2 saja. Lepas tu wujud pula bawal asli. Apa perbezaannya? Bawal no 1 dan bawal asli berasal dari Jepun, Materialnya lembut dan senang dibentuk, harga pun agak mahal. Bawal no 2 pula berasal dari Korea, agak kasar sikit materialnya. Dari bawal no 2 inilah terhasilnya bawal 2 tone, 3 tone, 4 tone, dan lain-lain.




Dulu, zaman sekolah rendah, style tudung saya hanyalah ikat tudung di bawah dagu. Lepas tu, barulah menggunakan pin, pin di bawah dagu, macam tudung sekolah berwarna putih tu. Kadang-kadang hanya selempangkan saja tudung di kiri kanan bahu. Pastu, hujung tudung tu asyik jatuh, kacau pergerakan je. Perasan SANGAT CANTIK la tu. heeee. Bila dah meningkat usia, dah pandai la pulak pinkan di kiri kanan bahu. Cara ni, lebih bagus sebab tudung lagi nampak kemas dan tak kacau pergerakan. Sampai sekarang saya suka pakai cara ni, tau.



Sekarang, bermacam-macam jenis tudung timbul dan cara pemakaian tudung, Ada selendang, shawl, tudung berawning dan banyak lagi, yang saya sendiri pun tak tahu apa nama tudung tu. Cara pemakaian tudung pun pelbagai. Ada yang terus sarung, belit sana-sini, tak kurang jugak yang dijaht dari bawah dagu kebawah, macam telekung. Tudung bawal pun turut berevolusi juga. Sekarang warna dah pelbagai, siap bertona-tona lagi. Dulu, tudung bawal merupakan tudung kosong, yang dihiasi sulaman samada sulaman mesin atau sulaman tangan, berbeza sekarang yang ada corak abstrak, corak kat tepi je, corak harimau bintang pun ada. Pelbagai pilihan dan CANTIK. Apa style tudung saya sekarang? hmmm, Tengok mood dan tahap kerajinan saya.



Untuk ke pejabat, saya lebih gemar pakai tudung bawal yang dipinkan ke bahu. Kalau keluar hari minggu bersama keluarga atau ke majlis keramaian, saya biasanya akan lilit-lilit sikit, perasan SANGAT CANTIK, kan? Dulu, style tudung saya bila keluar ialah guna shawl atau selendang, kemudian ambil masa untuk melilit sampai 'driver' bising. Sekarang, masih melilit, tapi guna tudung bawal, lagi cepat dan senang. Cuba perhatikan gambar di bawah ni, nampak apa persamaan dan perbezaan? Tudung yang sama, tetapi berbeza ara pemakaian.


Saya ingin kongsikan gambar saya bersama Syaz di bengkel 3R 2 minggu lepas bersama Master Norita, pengasas Group Euphoria Biz Shaklee kami. Ingin kaya dan berjaya serta cantik dan sihat macam beliau? Jom sertai kami.


Collagen Powder

Assalamualaium..

Sebut je kolagen, mesti ramai yang sudah terbayangkan kulit muka yang lembut, bersih dari segala jerawat dan jeragat serta putih mulus. Tak mustahil juga yang tebayangkan jarum suntikan yang menyuntik kolagen ke dalam kulit muka, kan? Ya, fungsi kolagen adalah untuk mencantikkan kulit badan umumnya, dan kulit muka khususnya. Tapi, tak perlulah bahayakan diri dengan mengambil suntikan botok, yer. Sekarang, untuk cantik sangat senang dan mudah, hanya perlu minum je sebelum
tidor. Lagi best, sebab ianya diekstrak daripada bahan semulajadi, natural gitu..


Apakah beza kolagen dari Shaklee berbanding kolagen dari jenama lain?

Collagen Powder ini mengandungi 4000mg Kolagen RSS (sisik ikan merah) proprietarii, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang di ekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adlah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Apakah ramuan utama kolagen Shaklee?
  • Kolagen dari sisik ikan merah
  • Ekstrak biji camellia japonica
  • Ekstrak pfaffia
  • Elastin dari kolagen ikan
  • Vitamin C dan vitamin B
  • Ekstrak kekerang
  • Lactobacillus acidophilus 

Apakah manfaat utama kolagen Shaklee?
  • membantu kulit mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut
  • bermanfaat alam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
  • kuku menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
  • kulit kurang kering, sembuh dengan cepat dan mengurangkan parut
  • menghilangkan tanda penuaan 
  • membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh
  • membantumengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi
  • kornea mata memerlukan kolagen dan membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal
  • memastikan otak sentiasa sihat dan minda kekal cergas.
Ingin kelihatan cantik dan muda sentiasa? Jom dapatkan kolagen anda:
018-3709137 (suria)

Promosi September 2014

Assalamualaikum...

Buat julung kalinya, Shaklee menawarkan Double Promotion untuk bulan September ini. Promosi tak masuk akal wa cakap lu... Produk yang menjadi rebutan ramai untuk kulit cantik dan anjal serta multivitamin dalam bentuk serbuk yang boleh dinikmati oleh anak-anak seawal umur 1 tahun ditawarkan percuma dengan setiap pembelian iaitu Collagen Powder (beli 6 percuma 1) dan Mealshakes (beli 3 percuma 1).


Apa yang anda akan dapat pada bulan ini?

Dengan setiap pembelian 1 set Collagen Powder Shaklee, anda akan dapat :

1. 6 kotak Collagen Powder pada harga ahli (jimat 25%)
2. 1 kotak Collagen Powder percuma (jimat RM298)
3. Keahlian percuma (jimat RM75 dan layak membeli produk Shaklee dengan harga ahli)
4. Kos penghantaran percuma (jimat RM10-30)
5. Bayaran balik RM110.11(CashBack)

Dengan setiap pembelian 1 set Meal Shakes Shaklee, anda akan dapat :

1. 3 Tong Mealshakes
2. 1 Tong Mealshakes (jimat RM113.75)
3. Multivitamin untuk seisi keluarga bermula anak-anak berumur 1 tahun.

Sangat mengujakan betul promosi bulan ini, kan?

Jom, order je..