Vitamin Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum...

Anda sudah disahkan hamil? Tahniah!!! Pastikan anda menjaga diri dan kandungan anda dengan baik, mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat, memastikan diri mendapatkan rehat yang secukupnya serta memastikan anda mengambil prenatal vitamin dengan betul. Pengambilan prenatal vitamin sangat digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Apakah vitamin prenatal yang diperlukan ibu mengandung? Antara vitamin yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung dan bayi dalam kandungan adalah asid folic, kalsium, zat besi dan omega 3. Jom, kitalihat apa fungsi-fungsi vitamin ini.



a) Asid Folic

Asid Folic sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ia seharusnya diambil sebaik sahaja persenyawaan berlaku supaya kita dapat berikhtiar untuk menghalang kecacatan tulang belakang (neural tube), disamping membantu pembentukan saraf dan sel yang lain. Sebaiknya, asid folid di ambil sebelum kehamilan lagi.

Dos yang dicadangkan bagi wanita yang bersedia untuk hamil ialah 400microgram (mcg) sehari, manakala bagi wanita hamil ialah 1,000mcg sehari.

b) Zat Besi

Zat besi penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia juga mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Dos yang biasa dicadangkan kepada wanita hamil ialah 30mg, berbanding wanita tidak hamil 18mg. 

Bagi mengalakkan penyerapan zat besi dengan lebih baik, elakkan pengambilan antibiotik dalam masa 2jam sebelum dan selepas pengambilan suplemen zat besi. 

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi seperti ikan, daging merah dan hati. Jadi pengambilan zat besi harus dilakukan sejam sebelum atau 2 jam selepas mengambil makanan ini. Begitu juga produk tenusu seperti susu, mentega atau keju. Elakkan juga suplemen yang mengandungi kalsium daripada diambil bersama suplemenzat besi.

c) Kalsium

Kalsium pula sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Tanpa bekalan kalsium yang cukup, ibu hamil boleh terdedah kepada risiko preeclampsia, yang mungkin membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Dos kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil ialah 1,000mg sehari.

d) Omega-3

Omega-3 diperlukan untuk perkembangan otak, membentuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Doos yang disarankan bagi wanita hamil dan menyusu alah 200-300mg sehari.


Vitamin prenatal sangat diperlukan oleh ibu hamil bagimenjamin kesihatan ibu dan bayi. Namun, harus diingat, vitamin prenatal tidak memberikan 100% keperluan badan. Ibu hamil wajib mengamalkan pemakanan secara seimbang yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein, sayur, buah serta air yang mencukupi. 

Tidak tahu vitamin prenatal yang mana harus diambil? Jom, klik link Set Kehamilan ini.


Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kehamilan? Hubungi rakan ibu hamil anda:


Nama : Norzulsuriatey Yahaya
Telefon : 018-370 9137 (sms/whatsapp/viber/telegram)
FB : https://www.facebook.com/norzulsuriatey.yahaya













Set Kehamilan Shaklee

Assalamualaikum....

Set Kehamilan Shaklee ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Set Kehamilan Trimester 1 dan Set Kehamilan Trimester 2 dan 3, sepertimana pembahagian semester dalam tempoh kehamilan, iaitu trimester 1, trimester 2 dan trimester 3. Trimester 1 dikira dari minggu 1 kehamilan hingga minggu 12, trimester 2 adalah minggu ke 13-28, manakala trimester 3 adalah minggu ke 29-40. Setiap trimester mempunyai perkembangan bayi yang berlainan.

Bagi Trimester 1, tiga bulan pertama pembangunan janin merupakan tempoh yang paling penting. Sepanjang tempoh 60 hari pertama, kebanyakan organ bayi mula terbentuk. Pada trimester ini, bayi sangat sensitif terhadap persekitaran kimia, ubat dan virus yang boleh menyebabkan kecacatan. Pada trimester 2, janin mula membesar dan organ bertambah matang. Pembesaran saiz uterus lebih ketara apabila perut semakin membesar. Pada masa ini, ibu mengandung perlu mula memakai pakaian longgar. Pada trimester ketiga, bayi akan terus membesar dan beratnya terus bertambah. Pada bulan terakhir kehamilan, janin membesar setengah paun seminggu.


Set Hamil Trimester 1 terdiri daripada :

a) ESP - membekalkan protein untuk membina sel, tisu enzim dan otot ibu dan bayi dalam kandungan, sertamembantu penyerapan zat dan nutrien dari makanan.

b) Vita-lea - membekalkan zat besi untuk pembentukan sel darah merah, mengelakkan ibu dari pitam atau anemia.

c) Vita C Plus - membekalkan keperluan vitamin C tubuh, serta imun, mencegah dan mengurangkan demam dan selsema

d) B Complex - mengandungi asid folic, sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi serta mencegah kecacatan tulang belakang (neural tube)

d) Ostematrix - membekalkan kalsium untuk membina tulang dan sel bayi, mengelak kekejangan otot dan sakit badan serta sembelit kepada ibu hamil.  





Set Kehamilan Trimester 2 dan 3 adalah sama seperti Set Kehamilan Trimester 1, dan terdapat tambahan :

a) Omega Guard - mengandungi omega 3 yang membekalkan DHA untuk perkembangan otak, membentuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik.


Set Kehamilan Shaklee ini juga boleh diamalkan selepas kelahiran bagi membantu kesihatan ibu dan bayi yang baik serta memperbanyakkan susu ibu.

Di samping pengambilan suplemen, ibu hamil juga diwajibkan mengamalkan pengambilan makanan seimbang yang secukupnya, yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, sayur dan buah serta air.

Ingin maklumat lanjut atau membuat pesanan? Hubungi :












Penyakit Jantung Pembunuh Nombor 1

Assalamualaikum....

Saya rasa, kita semua sudah sedia maklum, sekarang penyakit jantung dilabelkan pembunuh nombor 1 rakyat di Malaysia. Saban tahun statistik penghidap jantung meningkat berikutan kurangnya penjagaan kesihatan seperti tidak mengamalkan senaman dan pengambilan makanan tidak sihat, merokok dan sebagainya. Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan, penyakit jantung penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008. Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita. 

Golongan wanita sebenarnya tidak terkecuali mendapat penyakit jantung, tetapi hanya lambat berbanding lelaki. Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki disebabkan wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur berupaya mengelakkan mereka diserang penyakit itu.


Jom, kita kenali punca penyakit jantung serta tanda-tanda serangan pembunuh nombor 1 ini.

Punca
* Usia - Risiko tinggi selepas menopaus
* Kolesterol berlebihan
* Tekanan darah tinggi
* Merokok
* Gaya hidup di bawah tekanan tinggi
* Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko sakit jantung
* Kurang bersenam
* Kencing manis atau diabetes
* Sejarah keluarga


Tanda serangan
* Sakit dada
* Sesak nafas
* Pening kepala
* Jantung berdebar


Faktor
1) Asap rokok

* Mempercepatkan pembekuan darah
* Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
* Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
* Tekanan
* Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan

2) Kandungan lemak tinggi
* Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging

3) Kurang bersenam
* Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung

4) Darah Tinggi
* Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung ‘terpaksa’ mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung

5) Kencing manis
* Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung


Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari

* Keturunan menghidap penyakit jantung
* Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan
* Merokok
* Gagal kawal tekanan darah
* Hidap penyakit kencing manis
* Tekanan
* Kurang bersenam

Kesihatan jantung juga boleh dipertingkatkan dengan pengambilan koenzim Q10 yang bertindak membantu meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Koenzim Q10 boleh didapati daripada pemakanan seimbang juga daripada supplemen COQ Health Plus Shaklee. Hubungi pengedar anda seperti tertera.

Set Kesihatan Piala Dunia 2014

Setelah 4 tahun berehat, Piala Dunia kembali lagi. Semangat berkobar-kobar ingin menyaksikan kesemua perlawanan bola tahun ini. Jadual perlawanan dah dilekatkan cantik-cantik kat dinding, jersi setiap pasukan pilihan juga sudah siap dibeli. Tapi, setelah dua hari perlawanan berlangsung, mata tak boleh tahan la.. Belum sampai pun separuh masa pertama, mata dah kuyu, kepala dah berat, berdenyut-denyut. Pagi pula susah nak bangun, tak bermaya, mengantuk kat tempat kerja, kolej. Macam mana nak buat ni?? Kan bagus kalau dapat berjaga sepanjang malam, menonton Piala Dunia, tapi masih mampu bangun awal dan bertenaga, cergas ke pejabat.


Anda mengalami masalah di atas? Jangan risau, kami ada jalan penyelesaian untuk anda.  Disediakan khas untuk anda; PENGGEMAR PIALA DUNIA 2014!


Anda pastinya..

☆ TIDAK MENGANTUK SEMASA MENONTON PERLAWANAN

☆ KEKAL SEGAR & CERGAS KEESOKKAN HARINYA 



Terdiri daripada..

》CINCH ENERGY TEA MIX《

 Gabungan 4 jenis teh yang tinggi antioksida
-- Green tea, Red tea, White tea, Rooibos tea

 Diperkaya dengan taurina -- meningkatkan tenaga & ketahanan badan

 Pilihan terbaik menggantikan minuman kopi, soda & berkabonat

 Tiada gluten, pewarna, perisa tiruan & gula tambahan

 BONUS : meningkatkan metabolisma seterusnya perut semakin kempis, seluar semakin longgar !


》PERFORMANCE DRINK《

 Mengandungi komponen elektrolit yang penting untuk tubuh -- sodium, potassium, chloride, magnesium & kalsium

 Rumusan ekslusif OptiCarb yang dipatenkan berupaya meningkatkan tenaga otot sebanyak 6x ganda, memberi tenaga & mengekalkan sirkulasi bendalir tubuh

 Mengurangkan kehausan & mencegah penyahidratan (kurang air dalam badan)

》CoQHEALTH PLUS《

 Campuran coenzyme Q10, vitamin E & green tea extract

 CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga pada otot jantung seterusnya menambah kekuatan mengepamnya

 Kajian mendapati ianya meningkatkan tenaga, menambah stamina & mengurangkan kelesuan sebanyak 90%

 Memelihara kesihatan jantung

 BONUS : kolesterol kembali normal, migraine hilang, kulit semakin cerah berseri & kesuburan meningkat !

Jadi tunggu apa lagi ?? 

Dengan Set Kesihatan Piala DUnia 2014, anda PASTI boleh meneruskan aktiviti harian anda dengan SEGAR, CERGAS & TANPA RASA MENGANTUK walaupun semalaman melayan bola !

Hubungi :


Fungsi Utama Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum..

Sebut Vitamin E, pastinya ramai yang jawab, saya bukan doktor, lagipun, dah lama tinggalkan sekolah, dah tak ingat dah apa itu vitamin E, fungsi dia, apa makanan yang mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi. Sebenarnya, inilah jawapan saya dulu. Tapi kalau tanya saya sekarang, jawapan saya, Vitamin E ni, vitamin cinta suami isteri, vitamin cantik dan kulit halus tanpa parut dan juga antioksida. Panjang tak jawapan? Heee.

Kenapa Vitamin E Shaklee ni 'macam best jer'? Kerana ia merupakan vitamn E paling lengkap di pasaran. Vitamn E Shaklee dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E dan di gabungkan dengan 8 jenis vitamin E. Juga mengandungi selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E. Dengan kata lain, selenium ni, wajib ada sebagai pelengkap aktiviti vitamin E dalam tubuh kita.


Apakah fungsi utama vitamin E ni?

1) Melindungi jantung - pengambilan 800IU (2 tablet) sehari membantu melindungi sel darahmerah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dindng arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jangtung dan lain-lain.

2) Memperbaiki Arthirtis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bah kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

3) Mempertingkatkan kemampuan reproduktif - Lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. 

4) Kelestarian tenaga - meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dangan membekalkan oksigen yang lebih.
  
5) Anti-penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari mampu membantu melambatkan penuaan , mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bntik penuaan. Juga mampu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot peha.

6) Memperbaiki parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Hebatnya vitamin E ni, selain pengambilan secara oval (menelan), boleh juga disapu terus pada luka bagimengurangkan kesan parut tanpa rasa pedih.

7) Anti-oksidan yang kuat - Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser,  mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga membantu memperbaiki masalah oksidasi, katarak dan masalah penglihatan. 

Perhatikan fungsi no 3 dan 4. Ini salah satu punca kenapa vitamin E di panggil vitamin cinta. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang vitamin cinta ini, tunggu artikel berikutnya... heee


Ingin tahu lebih lanjut tapi tak sabar tunggu artikel seterusnya mengenai vitamin cinta dan vitamin kulit cantik? Hubungi saya, penerangan dan konsultasi percuma untuk anda:




Pengiraan Waktu Subur Wanita

Assalamualaikum...

Anda baru berkahwin? Ingin menimang cahaya mata? Atau dah lama kahwin tapi belum diberikan rezeki anak? Atau dah kahwin, dah ada anak, tapi berhasrat ingin menambah cahaya mata?

Kenapa saya tanya soalan ini? Sebab saya sudah bersedia ingin menambah cahaya mata sekarang. heeee.
Anak sulung saya berumur 3 tahun 6 bulan, manakala yang kedua berumur setahun 2 bulan. Saya masih lagi menyusu badan kepada anak kedua. Jom, kita ingatkan kembali cara mengira waktu subur yang pernah belajar waktu tingkatan tiga dulu.

Opps, bagi yang sudah terlupa, kenapa pentingnya kita mengira waktu subur?
1) Bagi memudahkan mendapat cahaya mata
2) Bagi mengelak mendapatkan cahaya mata (perancang keluarga semulajadi)

Jom, kita mengira. 

Perkara pertama yang kita perlu ambil tahu adalah berapa harikah kitaran haid kita setiap bulan. Bagaimana ingin mengiranya? Tandakan pada kalendar, hari pertama haid pada bulan ini dan hari pertama haid pada bulan akan datang. Jadi, kita boleh kira berapa hari haid kita. Lebih bagus kalau dapat dicatitkan 3 atau 4 bulan, supaya kita boleh tahu adakah kitaran haid kita tetap, normal atau sebaliknya. Sebagai contoh, hari pertama haid saya pada bulan April ialah 24 April. Hari pertama haid saya pada bulan Mei pula adalah 25 Mei. Bulan April ada 30 hari, jadi kitaran haid saya adalah 31 hari. 

Mengira waktu subur
Kitaran Haid


Perkara kedua perlu kita tahu ialah hari subur kita. Hari subur atau ovulasi ialah 14 hari sebelum haid bulan berikutnya. Tak faham? Ambil contoh kitaran haid saya tadi. Kitaran haid saya adalah 31 hari. Jadi, 14 hari sebelum haid bulan Jun adalah hari subur saya. Bila tarikh hari subur saya? 31-14=17. 17 hari selepas 25 Mei adalah hari subur saya, iaitu 10 Jun. Waa, lagi berapa hari je lagi. Kena pastikan saya dan suami konsisten mengambil vitamin cinta ni. Kan nak jadi isteri seksi menawan, suami gagah perkasa agar mendapat zuriat yang sihat. hehehehhe. erk, faham tak contoh saya bagi? Kalau takfaham, bleh bertanya yer..


Hari Subur @ Ovulasi

Sekadar perkongsian, pada waktu subur, kebiasaannya suhu badan wanita akan tinggi sedikit daripada biasa. Saya pun belum pernah mengukur suhu badan saya, jadi tak dapatla nak buktikan di sini. Tapi, mungkin kita boleh cuba selepas ni. Kalau dalam kes saya di atasa, mungkin saya boleh cuba mengambil bacaan suhu badan setiap hari bermula 6 Jun?  

Sesetengah wanita juga mengalami keluarnya lendiran cecair yang jernih dari kemaluan pada waktu subur. Satu lagi cara untuk mengetahui waktu subur dengan lebih tepat (99.6%) ialah dengan menggunakan 'Ovulation Predictor Kit' (OPK). Alat ini boleh di beli di farmasi berdekatan anda. Saya ada contoh salah satu alat OPK. Saya akan kongsikan cara menggunakan alat ini pada masa akan datang. Tunggu, ye..


Kita sudah mengetahui cara pengiraan hari subur, tapi bilakah masa yang tepat untuk kita bersama suami? Sperma lelaki dapat hidup di dalam dalam anggaran 3-5 hari di dalam badan wanita. Manakala Ovum dari wanita pula hanya mampu bertahan selama 1-2 hari sahaja. Jadi suami isteri boleh berusaha 5 hari sebelum hingga 5 hari selepas hari subur. Sekiranya anda menggunakan OPK dan keputusannya adalah positif, kebiasaannya 12 hingga 36 jam berikutnya telur akan dikeluarkan dan tahap kesuburan berada tahap maksima.

Di harap artikel ini dapat membantu kita memahami kitaran haid dan waktu subur, seterusnya dapat membantu kita merancang cahaya mata. Tapi, harus diingat, pengiraan ini adalah usaha kita semata, tapi Allah yang menentukan rezeki kita, Dia Yang Maha Mengetahui segalanya. Banyakkan berdoa, semoga rezeki itu milik kita.



Anda juga mungkin boleh mencuba Set Kesuburan Suami Isteri. Hubungi untuk maklumat lanjut:







Promosi Jun 2014

Assalamualaikum..

Promosi bulan ni sangat 'best'. Produk yang 'glamour' dengan panggilan vitamin cantik ni mengambil tempat pula. Dan jangan tak tahu, di kalangan suami isteri, produk ini juga memang pilihan utama. Isteri-isteri yang ingin kelihatan seksi menawan dan suami-suami yang inginkan gelaran gagah perkasa, patut ambil peluang istimewa bulan ini. Oppss, tunggu dulu, ada lagi yang akan anda dapat dengan pembelian 6 botol Vitamin E ni...

Beli 6 botol Vitamin E, anda akan dapat:
a) 1 botol viamin E percuma
b) keahlian Shaklee percuma 
c) 'Cashback'



Manfaat lain Vitamin E:
a) Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

b) Memperbaiki peredaran darah

c) Memperbaiki tisu

d) Melindungi paru paru dari pencemaran udara

e) Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan

f) Mengurangkan parut & masalah jerawat

g) Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat

h) Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)

i) Merendahkan kadar kolesterol

j) Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser

k) Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki

l) Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri

m) Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula

n) Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual

o) Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu


Sebarang pertanyaan dan tempahan? Hubungi: